combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,453
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,453
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Di tengah-tengah kesibukan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka, satu sudut yang menghidupkan suasana hutan belantara muncul sebagai tarikan luar biasa iaitu Survival Village oleh 6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD).
Menawarkan pengalaman unik yang jarang didapati di luar kawasan ketenteraan, Survival Village memberi peluang kepada orang awam untuk menyelami sendiri cabaran bertahan hidup dalam persekitaran hutan, dari membina api tanpa pemetik, hinggalah mengenal pasti tumbuhan beracun dan yang boleh dimakan.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Suasana hutan belantara yang “dihidupkan” oleh Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) sebagai Kampung Ikhtiar Hidup mendapat tarikan luar biasa pengunjung pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di sini.
Menawarkan pengalaman unik yang jarang didapati di luar kawasan ketenteraan, Kampung Ikhtiar Hidup memberi peluang kepada orang awam menyelami cabaran bertahan hidup dalam persekitaran hutan seperti menyalakan api daripada sumber alam hingga mengenal pasti tumbuhan beracun dan boleh dimakan.
Ketua Kompeni 6 RRD Kapten Mohd Hafizuddin Sulaiman berkata antara ditampilkan di situ ialah model penempatan hutan, replika perangkap haiwan serta demonstrasi menghidupkan api menggunakan batu, buluh dan kayu.
“Di Kampung Ikhtiar Hidup, kita ada beberapa jenis pameran melibatkan penempatan dalam hutan, jenis khemah dan hammock selain zoo mini dengan haiwan seperti ular, landak, musang dan monyet,” katanya kepada Bernama.
Mohd Hafizuddin berkata Kampung Ikhtiar Hidup bukan sekadar pameran, sebaliknya platform mendekatkan masyarakat dengan realiti kehidupan tentera atau sesiapa yang perlu bertahan hidup dalam hutan tanpa sumber asas mencukupi.
“Tidak semua pernah lihat atau tahu apa yang perlu dilakukan. Itulah kelainan dibawa Kampung Ikhtiar Hidup yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar,” katanya dan menambah pengunjung turut berpeluang mencuba aktiviti menyumpit.
Meskipun tapak itu kelihatan seperti replika, Mohd Hafizuddin berkata semua elemen dan struktur itu dibina berdasarkan pengalaman sebenar dalam latihan serta operasi hutan oleh anggota 6 RRD yang berpangkalan di Kem Ulu Tiram, Johor.
Lebih menarik, pasukan yang mengendalikan Kampung Ikhtiar Hidup terdiri daripada anak jati Sabah dan Sarawak, termasuk beliau sendiri, dengan semua mereka berbangga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pengunjung.
PMR 2025 Melaka yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Politeknik Merlimau di sini menampilkan pelbagai pengisian menarik merangkumi aktiviti komuniti, pameran agensi dan persembahan pertahanan.
6 RRD Bawa Ilmu Ikhtiar Hidup Sempena PMR Melaka
PMR Melaka, Kampung Ikhtiar Hidup, hutan, 6 RRD, t