BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Covid-19 : Perlu ke Pakai Topeng (face mask) ?

Jangan letak 'mask' bawah dagu

kkm_1595171646.jpg


KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka dengan cara yang betul.


"Pakai dengan betul pelitup muka anda atau alihkannya terus," katanya dalam satu catatan di laman sosial Facebook rasminya , hari ini.

Turut disertakan dalam catatan itu grafik cara yang salah memakai pelitup muka.

Arahan dalam grafik itu memberi amaran supaya tidak meletakkan pelitup muka di bahagian dagu kerana tindakan itu boleh menyebabkannya tercemar.

Tindakan itu boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena jangkitan bakteria, virus dan kuman.

Arahan itu turut menyatakan pelitup muka perlu dibuka sepenuhnya ketika makan, minum dan melakukan aktiviti yang berkaitan di bahagian muka.

Hantaran itu mendapat maklum balas ramai yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas nasihat berkenaan.

 
EdWGrzPVcAAlczn.jpg


risk of transmission
 
Topeng dan segala SOP yg teah ditetapkan harus diteruskan.
3 kluster baru dah muncul.

2nd wave bakal menjelma.
PKP ke-2 pun mungkin jadi jika ramai terkene jangkitan.

kita semua rakyat malaysia tak bole kiasu.
kene patuhi semua semua SOP
 
selamat datang ke bagan serai dan parit buntar yang mana semua rakyatnya tidak pakai mask seperti sebelum pkp.. bila sakit mai salahkan orang dari luar negara.. tu pasal saringan di klinik ngan hospital dok ketat lg.. benda local dok bawa penyakit..
 
K'jaan akan wartakan pemakaian pelitup separuh muka

Kerajaan kini dalam proses akhir sebelum mewartakan arahan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam bagi mengekang penularan Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.


Beliau berkata pihak berkuasa sedang berbincang bagi menetapkan tarikh perwartaan itu yang dijangka tidak lama lagi.

"Sementara itu, kita galakkan orang ramai memakai mask (pelitup separuh muka di tempat awam),” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin berkata kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam susulan ancaman Covid-19 masih belum berakhir.

Katanya perincian mengenai perkara itu akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan.

Media melaporkan susulan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 di peringkat global, beberapa negara mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam, termasuk Singapura yang pada April lepas mewajibkan semua orang di negara itu berpelitup separuh muka apabila keluar rumah.

1938b056f0bf8520f73c33e9e7230413.jpg
 
Harga siling pelitup muka turun 30sen mulai 15 Ogos

PARLIMEN l Harga siling pelitup separuh muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.


Beliau berkata harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.

Penurunan harga itu, kata beliau, selaras dengan langkah kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam seperti yang disaran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dari segi bekalan, tinjauan dan pemantauan mengenai pengeluaran serta pengedaran pelitup muka adalah mencukupi ditambah juga dengan yang diimport… jadi soal bekalan tidak ada masalah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji keperluan untuk menurunkan harga pelitup separuh muka dan memastikan bekalan mencukupi.

Alexander berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) mengenai rasional penurunan harga siling pelitup separuh muka.

Pada 20 Julai, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat-tempat awam susulan ancaman Covid-19 masih belum berakhir.

45a5a372735744fc3e2b11bbaf54acd0.jpg
 
selamat datang ke bagan serai dan parit buntar yang mana semua rakyatnya tidak pakai mask seperti sebelum pkp.. bila sakit mai salahkan orang dari luar negara.. tu pasal saringan di klinik ngan hospital dok ketat lg.. benda local dok bawa penyakit..

dulu kutuk2 US bodoh..
rakyat sana tamau PKP.
sekali rakyat kita pun tak ikut sop.
 

Wajib pakai pelitup muka di tempat sesak, pengangkutan awam mulai 1 Ogos

Pemakaian pelitup separuh muka akan diwajibkan di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaru itu.

“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

496a8cfe813e30a226e8250cda4a042d.jpg
 
Sesatu2 nya negara kapir yg tak perlu pakai mask


Dan adakah mereka berjaya menangani covid?


Walaupun kapir, tp ikut perintah sop plak ye
tak perlu langgor sop utk kene denda
Masing2 paham tanggungjwb masing2

Cuba bezakan dgn negara majoriti islam spt arab saudi plak? Hari2 5x sehari amik wuduk tu kebersihan , pakai abaya niqab plak tu :unsure:
 
Najib Razak
10h ·

Face mask menjadi wajib hari ini.

Kita ikut sahaja arahan ini supaya negara tidak dilanda gelombang baru Covid-19 yang lebih parah banding gelombang sebelum itu seperti yang berlaku di negara-negara lain di Asia-Pasifik

 
Back
Top
Log in Register