Covid-19 Covid-19 : Perlu ke Pakai Topeng (face mask) ?

CG Sponsors




syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,525
Reaction score
2,133
Points
151
Salam....

Tadi aku ada terima info (whatsapp group), katanya topeng muka ni tak membantu sangat pun untuk orang yang sihat...

Tapi orang yang sakit patut pakai topeng muka...bukan orang yg sihat...

Jadi, aku pun google, tengok youtube dan sebagainya...
Dan memang betul banyak info yang mengatakan "kalau kita sihat, tak perlu pakai topeng tu....hanya orang sakit je yang perlu pakai"...

Bila aku baca komen, ramai yang tak setuju......antara komen yg tak setuju tu ialah "aku kecewa bila doktor menasihatkan supaya jangan pakai topeng...sbb covid-19 ni tak menunjukkan simptom sangat...kita tak tahu pun bila kita terkena covid-19 tu...so better pakai je la topeng (tak kira ko sihat ke sakit)....kenapa perlu halang orang lain pakai topeng"...

ada juga yang kata "habis, kalau tak perlu pakai topeng, kenapa doktor2 atau pekerja2 kesihatan yang handle covid-19 ni semua pakai topeng?"....

aku pikir2 mcm betul jugak depa komen tu.....

dan macam-macam lagi la komen yang tak setuju...
tapi ada juga komen yang setuju..

berlaku perbezaan pendapat kat situ...

.
.

Tapi bagi aku lah.....orang2 yg berilmu, depa cakap mcm tu sebab depa nak kurangkan orang beli topeng....

sbb berdasarkan pengalaman aku sendiri, staff-staff kat company aku sendiri pun sampai beli berpuluh-puluh kotak face mask.....1 kotak ada 50 topeng...
ada yang beli sampai 20 kotak (1000 topeng)....

so, nak buat apa topeng banyak-banyak sangat...

bila korang beli banyak sangat, kesian kt orang lain yang tak dapat beli topeng muka...
yang betul2 sakit kdg takda topeng nk pakai....

kadang ada yang terpaksa beli dengan harga yang mahal...

bagi aku, korang beli 1 kotak face mask pun dh cukup .....buat apa nk beli banyak sangat....heran aku..
yang aku heran, ada yg sampai 20 kotak......ramai sgt ke family kt rumah tu....

korang duk rumah, takyah lah pakai topeng....pergi keluar baru pakai....

kesian kt orang lain yang tak dapat beli topeng..


.
.

itu pendapat aku je lah...kalau korang tak setuju, korang boleh nyatakan pendapat korang....no hal...
 
Last edited:
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,525
Reaction score
2,133
Points
151



Please enter a message with more than 10 characters.
 
Last edited:

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,405
Reaction score
1,928
Points
206


ikutlah saranan KKM.
kalau sihat tak perlu pakai penutup mulut dan hidung.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,328
Points
236
dalam pendapat peribadi, guna "face mask" apabila keluar dari kediaman ke tempat awam, sihat atau tidak itu belakang cerita, kita tidak dapat kawal batuk dan bersin yang terjadi secara tiba-tiba, walaupun langkah penggunaan "face mask" tidak begitu efektif dalam jangkitan, diharap memakai apabila keluar supaya tidak berjangkit kepada orang sihat.

kenapa saya kata "face mask" tidak begitu efektif? jangkitan bukan hanya dari rongga utama badan manusia seperti hidung dan mulut, virus boleh memasuki badan melalui mata dan telinga, juga sentuhan melalui rongga2 kulit .. kalau guna eskalator, jangan sentuh railing pemegang getah, kalau pergi ATM atau memasuki lift, pastikan bawa tisu, tekan butang pada ATM dan lift guna tisu atau disposable glove dan buang kedalam tong sampah yang disediakan dan bukan dimerata tempat.
 

Actifast

Super Active Member
Joined
Sep 11, 2008
Messages
5,965
Reaction score
121
Points
73
kita negara panas, bergantung pada tempat nak pakai. lebih baik pakai di tempat ramai orang.

yang eloknya pakai glove kemana kemana mcam hit man tuh, kekekeke
 

Actifast

Super Active Member
Joined
Sep 11, 2008
Messages
5,965
Reaction score
121
Points
73
elok pakai tapis semua ada, iya tapis vairus tu, rasa panas boleh pulak bukak sikit gosok hidung gosok mata.

pakai balik tangan xbasuh, x sinitize. peratus kena lagi tinggi. cara pakai kena betul , cara guna kena betul.
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,537
Reaction score
517
Points
81
Betul la info tu

Yang sakit perlu pakai face mask untuk elak air liur, bersin dan titisan hidung dia keluar terkena org lain atau persekitaran

Itu konsep dia..

Untuk precaution tambahan boleh ja pakai... nak cakap xperlu pon susah.. betul ke yg sakit tu pakai mask? kang besembang menyembur air liur ke muka kita
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,525
Reaction score
2,133
Points
151
COVID-19: Tak perlu pakai topeng jika sihat

Oleh Suzalina Halid
[email protected]


KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi individu sihat memakai topeng muka di tempat awam berikutan penggunaan alat perlindungan itu sepatutnya hanya digunakan individu yang sakit.

Pakar Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee, berkata setiap individu harus memainkan peranan membantu menyimpan bekalan topeng itu untuk kegunaan pekerja kesihatan yang lebih memerlukan dengan hanya membeli peralatan itu jika perlu.

“Hanya pakai topeng penutup hidung dan mulut jika anda tidak sihat dan terpaksa keluar ke tempat awam bagi meminimumkan risiko kepada individu lain tetapi jika anda boleh hanya duduk di rumah, itu lebih baik.

“Selain itu, saya rasa tiada keperluan untuk orang awam yang sihat untuk menggunakan topeng penutup hidung dan mulut kecuali jika mereka menjaga ahli keluarga yang tidak sihat di rumah.

“Seeloknya bekalan topeng penutup hidung dan mulut itu diperuntukkan kepada pekerja kesihatan yang lebih memerlukan, ...bagi mereka yang sihat, cuba jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter atau hindari tempat yang ramai orang, ” katanya ketika dihubungi BH.


Tinjauan di beberapa buah farmasi di sekitar Kuala Lumpur mendapati topeng muka telah kehabisan stok berikutan COVID-19.
Hingga kini, bekalan topeng muka di beberapa buah farmasi di Lembah Klang kehabisan stok dipercayai akibat pembelian panik oleh orang ramai akibat penularan COVID-19.

Pada masa sama, Dr Christopher yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan) berkata, penjagaan kebersihan tangan adalah lebih penting dan ia boleh dilakukan dengan menggunakan air dan sabun yang disifatkan lebih baik selain cecair pembasmi kuman.

“Basuh tangan dengan air dan sabun adalah keutamaan namun boleh juga menggunakan cecair pembasmi kuman, ...selain itu jangan kerap menyentuh muka terutama mata, hidung dan mulut dengan tangan tidak bersih, ” katanya.

Presiden dan Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, pula berkata kaedah terbaik yang boleh diamalkan kini ialah penting untuk orang ramai membuat penjarakan sosial di tempat awam sekurang-kurangnya satu meter dari individu lain termasuk ketika beratur.

Ia adalah salah satu kaedah kesihatan awam untuk mengurangkan kadar penularan sesuatu wabak, sekali gus berupaya mengurangkan beban ke atas sistem kesihatan negara.

“Selain itu, penggunaan topeng yang sesuai digunakan pesakit ialah jenis topeng pembedahan dan pastikan ia tidak diguna pakai semula dan dibuang di tempat yang tertutup bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

“Orang ramai juga diminta untuk menjaga kebersihan diri kerana ia boleh mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit seperti basuh tangan dengan sabun secara kerap atau setiap kali menyentuh permukaan seperti tombol pintu dan pam minyak,” katanya.

Orang ramai juga harus mengelak daripada memegang muka kerana tangan yang terdedah kepada virus boleh tersebar ke salur pernafasan sekali gus menyebabkan jangkitan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata isu kekurangan bekalan topeng muka di pasaran seluruh negara, akan dibincang pada mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Beliau mengakui pembelian panik berikutan kebimbangan orang ramai terhadap COVID-19, menjadi punca utama kekurangan bekalan topeng.


Jelasnya, siasatan dilakukan pegawai di KPDNHEP mendapati tiada aktiviti menyorok topeng bertujuan menaikkan harga oleh pemborong dan peniaga barangan berkenaan.

“Pegawai dan anggota KPDNHEP akan terus melakukan pemeriksaan serta pemantauan, tindakan akan dilakukan jika mendapati ada peniaga yang menaikkan harga bahan itu.

“Kerajaan sudah mengisytiharkan bahawa topeng muka adalah barang kawalan dan tindakan menaikkan harga boleh dikenakan tindakan, ” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665720/covid-19-tak-perlu-pakai-topeng-jika-sihat
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,498
Reaction score
152
Points
43
aku rasa benda kena perlu elak adalah batuk dan selsema orang sebelah.. lagi jauh lagi bagus.. topeng muka nie sehelai 5 ringgit sekarang.. ang rasa camna nak buat? beli makan ka beli topeng muka.. apabila ang tepaksa hidup dalam keadaan sebegini RUPA dengan susah cari duit yang mana paling berkepentingan..

ini adalah survival.. benda nie kena yakin ngan jalan tuhan.. orang masuk berhimpun masuk keja singapork ngan ktm padang besar nak masuk siam jumpa ayam pun ada yang selamat pergi balik.. nie dkira sebagai luck atau tuhan merahmati beliau.. sungguhpun dalam zaman wuhan virus nie golongan moden ceredik pandai nie kutuk ayat * ini jalan diredhai allah, aku mati ketika menyampaikan ajaran tuhan dan muhammad * sambil menaip dan memperkatakan dengan sinis.. tp ang kena ingat tuhan bagi mukjizat kat nabi zaman dulu dan kena ingat ababil tu bawa batu neraka serang gajah dekat kaabah.. dan x mustahil benda ajaib bakal terjadi untuk jaga umat islam.. mukin uyghur kat cina tu mukjizat tuhan.. semua cina babi kena depa persen kurang nak kena atau mukin rendah?

ker jaan beruk muhyidin sedang buat perintah hadkan pergerakan nie sebab nak bantu orang susah dalam x sedar.. buat apa nak kalut.. follow ja.. dia suruh jangan join group secara fizikal dalam bentuk terhimpun.. join group server main lan half life xpa.. main map crossfire.. dalam darurat babi ular pun boleh makan ikut sukatan x bagi kenyang asal terisi.. jadi berbalik pada topeng muka nie.. beli la bagi ada.. pakai bila sangat sangat sangat perlu sahaja.. dalam 18 - 31 nie ang dah jimat banyak duit nak beli topeng muka.. la musim air masuk petak bendang.. boleh la p tahan bubu.. buat keja sorang xpa.. wuhan virus xda.. buat keja ramai p market p stesen bas p mydin terpaksa la pakai mask.. apa pun tawakkal dan elak jauh ngan orang yang batuk selsema..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register