epozer
Legendary Member

- Messages
- 14,893
Paid Membership
- Joined
- Aug 2, 2010
- Messages
- 14,893
- Reaction score
- 563
- Points
- 171
aku dapat...dia letak atas meja...kat kmpung aku mak aku pun dapat banyak...diorg bagi satu family 4...pastu lebih bagi mak aku semua...sbb kedai runcit..sapa2 nk ambik situ je...-korang ada dah dapat ke. 80% bmakna area ak ni mesti dh dpt. ni dgr pun tidak
80 peratus daripada 30.7 juta topeng muka diagih
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24.8 juta keping topeng muka telah diagihkan kepada orang ramai sehingga kelmarin.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu mewakili 80 peratus daripada 30.7 juta keping produk keperluan berkenaan yang sudah diagihkan kepada orang ramai.
Katanya, proses pengagihan diurus dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri dan daerah melalui 162 pejabat daerah.
"Bekalan topeng muka juga telah dihantar ke Sabah dan Sarawak dan dalam proses pengagihan ke daerah-daerah. Jika ada yang masih belum menerimanya, beri sedikit masa, mungkin dalam perjalanan penghantaran," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Putrajaya yang disiarkan secara langsung selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
![]()
80 peratus daripada 30.7 juta topeng muka diagih | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24.8 juta keping topeng muka telah diagihkan kepada orang ramai sehingga kelmarin.www.bharian.com.my