synyster
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,176
Top Poster #5
- Joined
- Nov 29, 2010
- Messages
- 27,176
- Reaction score
- 5,392
- Points
- 481
saya share lah kot apa yg TGHH sebut, rasa relevan jugak kalau diletak kat thread ni:-saya share lah kot apa yg Khairul Azri sebut, rasa relevan jugak kalau diletak kat thread ni:-
Khairul Azri
· 21j ·
Selamat pagi.
Aku baru perasan, ada beberapa komen yang naik dengan nada lebih kuranglah, kata jemu aku hari hari buat kelakar pasal Rafizi. Tak kurang ada yang kata ada personal vendetta ke dengan dia.
To clear the air,
Jujur aku tak ada personal vendetta dengan dia. Dan sememangnya penjelasan yang dia buat sekarang tu banyaknya betul je, macam price elasticity (keanjalan harga), supply and demand, consumer behavioursm, global inflation seluruh dunia yada-yada, dan terbaru yang orang dok troll dia OPR kena tanya MPC.
Sebab aku pun sejak dari dulu tulis benda sama.
Tak kiralah mana kerajaan pun.
Cuma isunya bila benda tu coming from him, itu yang buat benda tu jadi funny dan to some extend, and some people terutama yang memang berharap betul apa yang dia sembang sebelum ni jatuh rasa marah dan menyampah ke dia.
Kenapa?
Simple sebab masa dia jadi pembangkang, apa saja benda berkaitan kos sara hidup, ekonomi dia tak politik kan? semua orang tak pandai, dia terpaling pandai, seolah selesai isu -isu ni semua boleh selesai at the back of his hand.
Apa formula dia tak ada? dia tak sembang?
Formula kurangkan harga minyak, formula penjimatan ketirisan, formula stok penimbal, formula dasar, formula gaji bermaruah, dan bermacam-macam formula.
Tapi bila dah bagi kuasa, jadi menteri, akhirnya sama level malahan dalam sesetengah keadaan adalah lebih teruk, dia buat benda yang dia kutuk yang dia kata 'eh mudahnya jadi menteri, mudahnya jadi kerajaan''. Itu yang kelakar.
Dan benda perangai hipokrit ni yang aku nak tunjuk dan highlight dan jadi benda mainstream, sampai jadi bahan kelakar media utama seperti di bawah.
Supaya apa?
Supaya publik sedar banyaknya sebelum ni sekadar omongan palsu..supaya mereka faham dengan harapan ke depan public tidak lagi diperkotak-katikan oleh politikus dan automatik meluat kalau ada politikus yang cuba buat benda sama tidak kira daripada parti mana pun.
So persoalan aku sekarang, sambung ke stop?
Ada 2-3 bullet lagi ni.
![]()
![]()
![]()
Kerajaan mesti tangani kenaikan harga barang
April 30, 2018
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan sepatutnya menangani masalah kenaikan harga barangan.
Advertisement
Beliau menambah sekiranya kerajaan menetapkan harga bagi barangan, maka peniaga tidak akan menjual barangan dengan harga yang melampaui batas.
“Kerajaan boleh bertindak dengan kuasa kerajaan,” ujar beliau ketika ceramah umum di pekarangan Pasar Binjai Rendah, Marang, kelmarin yang disiarkan menerusi laman Facebook.
Katanya, kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh barangan tempatan banyak dieksport ke luar negara dan mendapat keuntungan yang banyak.
“Bila tauke-tauke yang eksport barang ke luar negeri dapat untung yang banyak maka dia jual mahal kepada penduduk tempatan. Ini jadi begitu maka kerajaan kena kawal dalam masalah ini,” ujar beliau.
Kerajaan tidak pandai mengurus
Menurutnya, kerajaan tidak pandai mengurus negara kerana tidak mewujudkan projek hiliran.
Katanya, projek hiliran tersebut adalah dengan maksud kerajaan sepatutnya membuatkan projek bagi menguruskan produk supaya ia mengalir dalam pasaran
Beliau menambah bahawa kerajaan perlu membuka industri supaya dapat menambah nilai barangan tersebut
Beliau memberi contoh buah-buahan tempatan boleh dibuat gel dan melalui penambahan nilai tersebut, kerajaan boleh menarik pelabur untuk melabur dan membuka kilang.
“Apa yang berlaku pada hari ini, kerajaan membiarkan orang tengah yang mencari kesempatan untuk dapat untung banyak.
“Dia beli dari sumber, dari nelayan, daripada orang kampung, beli dengan harga yang murah. Dia jual dengan harga yang mahal,” ujar beliau.
Beliau menerangkan bahawa China yang memiliki 1 billion penduduk mampu bersaing dengan Amerika Syarikat dari sudut ekonomi adalah disebabkan barangan mereka yang dipasarkan di pasaran China sendiri.
Menurut beliau juga, Singapura merupakan orang tengah bagi pasaran ekonomi barangan di Asia Tenggara.
Kenaikan harga minyak beri kesan kepada harga barang
Tuan Guru menyebutkan bahawa antara sebab kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak.
“Minyak Malaysia ni baik, yang tinggi mutunya, boleh guna untuk kapal terbang minyak Malaysia ni, harga dia mahal, bukan guna untuk kereta,” ujarnya lagi.
Beliau memberikan cadangan sekiranya dibuka loji penapisan minyak di Malaysia dan menjadi pengedar minyak, maka harga minyak akan turun dengan sendirinya.
Menurutnya, harga barang juga akan menurun atas sebab kos pengangkutan barangan akan menurun dengan menurunnya harga minyak yang digunakan kenderaan.
Turut bersama beliau adalah calon PAS bagi Dun Ru Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ustaz Mohd Nor Hamzah (Bukit Payong), Ustaz Ariffin Deraman (Alor Limbat) dan Ustaz Sulaiman Sulong (Pengkalan Berangan).
Inflasi pada tahun 2018 diunjur pada paras 2.5% oleh Rating Agency Malaysia Berhad (RAM Ratings) dengan inflasi makanan dijangka akan meningkat lebih pantas tahun ini berikutan penggunaan lebih kukuh dan kesan limpahan daripada semakan tarif gas yang meningkat. – HARAKAHDAILY 30/4/2018