BTC USD 82,620.2 Gold USD 4,165.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Countdown PN akan terduduk

saya share lah kot apa yg Khairul Azri sebut, rasa relevan jugak kalau diletak kat thread ni:-

Khairul Azri​

· 21j ·

Selamat pagi.

Aku baru perasan, ada beberapa komen yang naik dengan nada lebih kuranglah, kata jemu aku hari hari buat kelakar pasal Rafizi. Tak kurang ada yang kata ada personal vendetta ke dengan dia.

To clear the air,
Jujur aku tak ada personal vendetta dengan dia. Dan sememangnya penjelasan yang dia buat sekarang tu banyaknya betul je, macam price elasticity (keanjalan harga), supply and demand, consumer behavioursm, global inflation seluruh dunia yada-yada, dan terbaru yang orang dok troll dia OPR kena tanya MPC.

Sebab aku pun sejak dari dulu tulis benda sama.

Tak kiralah mana kerajaan pun.

Cuma isunya bila benda tu coming from him, itu yang buat benda tu jadi funny dan to some extend, and some people terutama yang memang berharap betul apa yang dia sembang sebelum ni jatuh rasa marah dan menyampah ke dia.

Kenapa?

Simple sebab masa dia jadi pembangkang, apa saja benda berkaitan kos sara hidup, ekonomi dia tak politik kan? semua orang tak pandai, dia terpaling pandai, seolah selesai isu -isu ni semua boleh selesai at the back of his hand.

Apa formula dia tak ada? dia tak sembang?

Formula kurangkan harga minyak, formula penjimatan ketirisan, formula stok penimbal, formula dasar, formula gaji bermaruah, dan bermacam-macam formula.

Tapi bila dah bagi kuasa, jadi menteri, akhirnya sama level malahan dalam sesetengah keadaan adalah lebih teruk, dia buat benda yang dia kutuk yang dia kata 'eh mudahnya jadi menteri, mudahnya jadi kerajaan''. Itu yang kelakar.

Dan benda perangai hipokrit ni yang aku nak tunjuk dan highlight dan jadi benda mainstream, sampai jadi bahan kelakar media utama seperti di bawah.

Supaya apa?

Supaya publik sedar banyaknya sebelum ni sekadar omongan palsu..supaya mereka faham dengan harapan ke depan public tidak lagi diperkotak-katikan oleh politikus dan automatik meluat kalau ada politikus yang cuba buat benda sama tidak kira daripada parti mana pun.

So persoalan aku sekarang, sambung ke stop?

Ada 2-3 bullet lagi ni.

1f938.png
1f938.png

327548993_2846283918837740_2555306626538266949_n.jpg
saya share lah kot apa yg TGHH sebut, rasa relevan jugak kalau diletak kat thread ni:-

Kerajaan mesti tangani kenaikan harga barang
April 30, 2018

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan sepatutnya menangani masalah kenaikan harga barangan.

Advertisement

Beliau menambah sekiranya kerajaan menetapkan harga bagi barangan, maka peniaga tidak akan menjual barangan dengan harga yang melampaui batas.

“Kerajaan boleh bertindak dengan kuasa kerajaan,” ujar beliau ketika ceramah umum di pekarangan Pasar Binjai Rendah, Marang, kelmarin yang disiarkan menerusi laman Facebook.

Katanya, kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh barangan tempatan banyak dieksport ke luar negara dan mendapat keuntungan yang banyak.

“Bila tauke-tauke yang eksport barang ke luar negeri dapat untung yang banyak maka dia jual mahal kepada penduduk tempatan. Ini jadi begitu maka kerajaan kena kawal dalam masalah ini,” ujar beliau.

Kerajaan tidak pandai mengurus

Menurutnya, kerajaan tidak pandai mengurus negara kerana tidak mewujudkan projek hiliran.

Katanya, projek hiliran tersebut adalah dengan maksud kerajaan sepatutnya membuatkan projek bagi menguruskan produk supaya ia mengalir dalam pasaran

Beliau menambah bahawa kerajaan perlu membuka industri supaya dapat menambah nilai barangan tersebut

Beliau memberi contoh buah-buahan tempatan boleh dibuat gel dan melalui penambahan nilai tersebut, kerajaan boleh menarik pelabur untuk melabur dan membuka kilang.

“Apa yang berlaku pada hari ini, kerajaan membiarkan orang tengah yang mencari kesempatan untuk dapat untung banyak.

“Dia beli dari sumber, dari nelayan, daripada orang kampung, beli dengan harga yang murah. Dia jual dengan harga yang mahal,” ujar beliau.

Beliau menerangkan bahawa China yang memiliki 1 billion penduduk mampu bersaing dengan Amerika Syarikat dari sudut ekonomi adalah disebabkan barangan mereka yang dipasarkan di pasaran China sendiri.

Menurut beliau juga, Singapura merupakan orang tengah bagi pasaran ekonomi barangan di Asia Tenggara.

Kenaikan harga minyak beri kesan kepada harga barang

Tuan Guru menyebutkan bahawa antara sebab kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak.

“Minyak Malaysia ni baik, yang tinggi mutunya, boleh guna untuk kapal terbang minyak Malaysia ni, harga dia mahal, bukan guna untuk kereta,” ujarnya lagi.

Beliau memberikan cadangan sekiranya dibuka loji penapisan minyak di Malaysia dan menjadi pengedar minyak, maka harga minyak akan turun dengan sendirinya.

Menurutnya, harga barang juga akan menurun atas sebab kos pengangkutan barangan akan menurun dengan menurunnya harga minyak yang digunakan kenderaan.

Turut bersama beliau adalah calon PAS bagi Dun Ru Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ustaz Mohd Nor Hamzah (Bukit Payong), Ustaz Ariffin Deraman (Alor Limbat) dan Ustaz Sulaiman Sulong (Pengkalan Berangan).

Inflasi pada tahun 2018 diunjur pada paras 2.5% oleh Rating Agency Malaysia Berhad (RAM Ratings) dengan inflasi makanan dijangka akan meningkat lebih pantas tahun ini berikutan penggunaan lebih kukuh dan kesan limpahan daripada semakan tarif gas yang meningkat. – HARAKAHDAILY 30/4/2018
 
Kalau pimpinan dan penyokong BN yg sindir sy x pelik CMM, sbb itu adalah sekadar memulangkan paku buah keras.

Tapi kalau penyokong PN, yg menyokong pimpinan PN yg turut membuat kenyataan yg serupa macam apa yg Rafizi pernah buat, nampak tersangat paradok. Apa yg kalian tentang sebenarnya? Isi ucapan Rafizi (yg sebenarnya sama saja dgn yg TGHH pernah ucap tahun 2018 dulu)? Jika isi ucapan Rafizi yg jadi isu, maka sepatutnya ucapan TGHH juga patut dikecam sebab sama dan serupa. Itu maksud sy.

Dari sudut sembang, mmg Rafizi ni jenis cakap pandai.
Semua pemimpin politik yg sembang besar telah kena kecam oleh rakyat ‘pada masa itu’. Bole korek komen/thread yg lepas2. Rafizi dikecam ‘pada masa sekarang’. Kena ikut time lah. Jgn ‘assume’ shj 😂
 
Yg disembangkan dlm thread ni ialah Rafizi sbg menteri yg ada kuasa nak gunakan kuasa utk buat penyokong PN terduduk. Rafizi dibayar gaji utk serve rakyat malaysia atau utk balas dendam kpd parti lawan?

Balas dendam kepada parti lawan? Rasanya dlm isu dia akan buat pihak PN yg pertikai dia terduduk tu bukan nak balas dendam, tp dia nak bentang kan data ekonomi saja.
 
Balas dendam kepada parti lawan? Rasanya dlm isu dia akan buat pihak PN yg pertikai dia terduduk tu bukan nak balas dendam, tp dia nak bentang kan data ekonomi saja.
Jadi menteri dapat gaji berpuluh ribu utk bentang data ekonomi ya............... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
 
Balas dendam kepada parti lawan? Rasanya dlm isu dia akan buat pihak PN yg pertikai dia terduduk tu bukan nak balas dendam, tp dia nak bentang kan data ekonomi saja.
Yg kritik Rafizi ialah rakyat Malaysia yg terkesan dgn isu ekonomi skang ni tanpa mengira sokongan parti. Kenapa tak nak kata ‘nak rakyat Malaysia terduduk’? Kenapa spesifik kpd PN?
 
Semua pemimpin politik yg sembang besar telah kena kecam oleh rakyat ‘pada masa itu’. Bole korek komen/thread yg lepas2. Rafizi dikecam ‘pada masa sekarang’. Kena ikut time lah. Jgn ‘assume’ shj 😂

Ada ke org buat thread khas kritik TGHH dlm isu harga ayam? Sebelum PAS ada dalam kerajaan, semua salah kerajaan. Sampai kan cadangkan agar kerajaan jadi pengedar minyak sendiri agar harga minyak jadi murah. Tetiba bila PAS dah jadi komponen kerajaan, terus kata jgn salahkan kerajaan.

Ke yang ni x sama dgn Rafizi, iaitu sembang pandai masa jadi pembangkang, tp bila dapat jadi komponen kerajaan terus hilang cara2 yg dikatakan banyak tu.

Harga ayam: Tak boleh salahkan kerajaan saja - Hadi
Diterbitkan: Jun 24, 2022 1:04 PM
⋅
Dikemaskini: 1:04 PM
Kerajaan tidak boleh disalahkan sepenuhnya apabila harga ayam menjadi mahal, kata PAS.

Presidennya Abdul Hadi Awang berkata terdapat pelbagai faktor yang menentukan harga ayam.

“Kalau harga ayam tu kita kena tengok juga (faktor) yang jual makanan ayam tu mahal.

“Siapa yang mainkan harga tu? Siapa yang kuasai makanan ayam dan ternakan?

“Semua pihak terlibat. Tak boleh salahkan kerajaan sahaja,” katanya menjawab soalan pemberita dalam video disiarkan di media sosialnya sebentar tadi.
 
Jadi menteri dapat gaji berpuluh ribu utk bentang data ekonomi ya............... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Menteri bukan takat bentang saja tuan, dia kena form task force untuk tambah baik data2 ekonomi yang berkaitan dgn isu rakyat.

Yg aku sebut bentang tu adalah dlm isu nak bagi pengkritik terduduk.
 
Ko je yg assume TGHH tak pernah dikritik. Merata2 org kritik TGHH tak terhad dlm CG shj. Tu belum dlm forum LowYat lg.
 
Tuan @synyster,

Saya duk baca2, tgk2, agak2, bayang.... Tuan ni duk gali stetmen2 lama Tghh je... Dan ckp yg PAS pon sama.... Oklah....kita amik lah yg tuan attached tu sama lah..

So, persoalan nya skrg, mat piji tu buat mende yg sama xpelah? Ke mcm mana? Sbb dulu2 PAS/BN/PN etc boleh buat, makanya BNPH terutamanya mat piji (dlm hal ni) xde masalah lah? Gitu kah?

Atau pun, sbb yg dulu2 tu gagal, maka yg skrg ni gagal pon xpelah? Ke mcm mana?

Pendapat saya org persoal skrg ni sbb masa jd pembangkang, mat piji kluar mcm2 formula, komposisi dll... Tp satu pon xleh pakai bila jd menteri... Tu yg org persoal..

tp tuan plak kona pasal PAS/BN/MN/PN pon sama......

Hujah2 tuan lebih pada dulu pas pon sama.. Xleh pakai.. Ni piji pon sama xleh pakai.. Then, buat apa kita ada yg xleh pakai? Boleh buang ganti org lain x?
 
Menteri bukan takat bentang saja tuan, dia kena form task force untuk tambah baik data2 ekonomi yang berkaitan dgn isu rakyat.

Yg aku sebut bentang tu adalah dlm isu nak bagi pengkritik terduduk.
Salah tu. Yg kritik ialah seluruh rakyat Malaysia yg terkesan. Yg Rafizi nak terduduk tu disebut secara spesifik penyokong PN.
 
Back
Top
Log in Register