BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Contohi langkah Kompas - Rais

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Para penulis blog disaran supaya mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas penyiaran berita palsu yang boleh menjejaskan reputasi pemimpin nombor satu negara itu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, para penulis sepatutnya lebih berhati-hati apabila menulis sesuatu perkara khususnya apabila ia melibatkan individu yang mempunyai pengaruh dan berjawatan tinggi.

"Saya yakin kejadian ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada pihak media khususnya penulis blog supaya tidak melaporkan sesuatu berita itu berdasarkan khabar angin semata-mata.

"Para penulis blog tempatan yang menulis perkara yang sama seperti Kompas adalah patut melakukan tindakan yang serupa juga kerana laporan tersebut adalah langsung tidak tepat dan ia sama seperti memfitnah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu tunggal di Masjid Muhammadi Angkasapuri di sini petang ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Masnah Rais dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Rais mengulas tindakan akhbar Kompas yang memohon maaf kepada Najib berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun semalam berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Tambah Rais, mereka yang menyiarkan laporan berita seperti itu boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia boleh dianggap bercanggah dengan syarat-syarat di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984.
 
time kene maki tak pulak cakap "ikuti langkah Kompas"
 
utusan meloya / tv3 banyak buat cerita fitnah tak suruh mintak maaf ke rais..?
 
Back
Top
Log in Register