BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PBT, Swasta Diseru Contohi Kerajaan Persekutuan Turun Kadar Sewa Premis Perniagaan - DPPM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
eabe161f24b98e7ae1289b3878a8537869f9f6614d75c

Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak Amirudin Tajudin

Foto kredit : DPPM Perak


Langkah menurunkan kadar sewa premis perniagaan milik semua agensi Kerajaan Persekutuan mulai bulan ini dilihat dapat membantu mengurangkan kos operasi peniaga yang turut terkesan akibat krisis bekalan global.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak Amirudin Tajudin berkata sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mengikuti langkah Kerajaan Persekutuan.

"Kalau boleh syarikat swasta juga mengambil langkah yang sama kerana rantaian daripada itu, akhirnya akan dapat memberi manfaat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata langkah menurunkan kadar sewa seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan dapat membantu peniaga mengurangkan harga jualan kepada pengguna selain mengelakkan kenaikan harga.

"Dengan langkah ini sedikit sebanyak membantu usahawan untuk meneruskan perniagaan walaupun dalam margin keuntungan yang kecil," katanya

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kadar sewa premis perniagaan milik semua agensi Kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UDA Holdings Bhd diturunkan mulai bulan ini bagi membantu peniaga kecil mengurangkan kos operasi.

Perdana Menteri berkata langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu peniaga dan penjaja yang turut terkesan akibat krisis bekalan global ketika ini.

Dalam pada itu, Amirudin turut menyambut baik langkah kerajaan untuk mempergiat pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dengan peningkatan kepada 30,000 program tahun ini melibatkan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan diadakan secara mingguan dengan jadual tetap.

Beliau berkata langkah memperluas program itu ke kawasan desa dan kampung terpilih, turut melibatkan penyertaan peniaga kecil, sekali gus memberi ruang dan peluang kepada peniaga tempatan yang kebanyakannya hanya memiliki kedai runcit.

 
Back
Top
Log in Register