Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,771
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,771
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Datuk Nor Hisham Mohammad
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil beberapa langkah penjimatan termasuk mengehadkan pergerakan kenderaan tidak kritikal susulan isu bekalan dan kenaikan kos bahan api ketika ini.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata pendekatan itu diambil bagi memastikan penggunaan diesel dan petrol dapat dioptimumkan tanpa menjejaskan kesiapsiagaan operasi.
Beliau berkata semua pengarah negeri turut diarahkan menyusun semula program jabatan termasuk aktiviti pendidikan awam supaya dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan meminimumkan penggunaan kenderaan.
“Bagi kenderaan operasi bomba, tidak ada kompromi jika ada panggilan kecemasan, anggota kita tetap bergerak seperti biasa, namun bagi kenderaan utiliti dan aktiviti tidak kritikal, kita hadkan pergerakan.
"Selain itu, kita ambil pendekatan pelaksanaan penjimatan bahan api termasuk mengadakan mesyuarat secara dalam talian sahaja bagi mengurangkan keperluan perjalanan pegawai dan anggota ke lokasi mesyuarat, saya dah maklumkan kepada semua pengarah negeri mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita malam tadi.
Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Kempen Keselamatan dan Kesedaran Awam JBPM Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di pekarangan Stadium Batu Kawan, di sini malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar dan Desa negeri H'ng Mooi Lye.
Nor Hisham berkata pihaknya mengakui terdapat pandangan daripada PBS tentang implikasi kos bahan api terhadap operasi harian dan perkara itu akan dibincangkan secara berkala sebelum diangkat kepada kerajaan bagi pertimbangan lanjut termasuk aspek keperluan tambahan dan mekanisme sokongan.
"PBS ketika ini belum menerima subsidi bahan api, namun perkara itu boleh dikemukakan untuk penelitian kerajaan kerana mereka turut menggunakan diesel dan petrol bagi operasi,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nor Hisham berkata peningkatan kes kebakaran dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini menunjukkan lonjakan ketara hingga kira-kira 40 peratus berbanding tempoh sama sebelum ini.
JBPM Laksana Langkah Penjimatan Bahan Api
JBPM, penjimatan, bahan api, Nor Hisham Mohammad,