BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Company Cina vs Melayu vs India

Company yang anda kerja dan berpuas hati


  • Total voters
    0
betol jugak apa yg TT cakap ni...teringat masa p interview dulu...masa interview awal2 dh sound jgn claim OT lebih-lebih...dh la basic rendah masa tu..
syukur sgt dgn kerja skrg...asyukkkk
 
sama la ngan aku... aku buat sistem invoice.. masa create customer data. x nk restriction maknanya, masuk nama shj dah boleh create new customer. aku dah warning nanti akan ada duplication gila2 dlm sistem. dia nk jugak cam tu siap marah2 aku.. aku buat je la..

lepas setahun, datang balik kat aku maki2 sistem x bagus, data customer banyak kelam kabut. banyak duplicate bla bla (benda yang aku da warning awal2)

Haha... dulu aku pernah buat sistem lebih kurang macam ko buat la... Customer suruh...

Tapi aku dah maki awal2, dan aku buat simple script tunjuk pada dia... Terus terdiam dan agree apa aku cakap, sampai skang bahagia dengan sistem aku buat.... :P
 
Aku first kerja company cina, boss memang kuat maki, tapi bab kebajikan pekerja memang tiptop. cume aku kene rajin & multi tasking... gaji bonus increment semua ok. cume tahan sabar kene maki la... aku keje 4 tahun.. ok

Second company india, boss & HR cakap berbelit sikit, tapi bab gaji, kerja & flexibality semua ok. Tang bonus je kureng sikit... sini aku keje 2 tahun.

3rd company.. company cina lagi. so far so good. takde yang aku tak puas hati lagi...

company melayu den tak pnah masuk lagi.. takde rezeki lagi.
 
Aku penah ade experience keje bwah tiga2 bangsa ni.Keje company india paling ngarut,banyak putar alam.Keje company melayu best,seronok coz environment melayu n kawan2 melayu.Tapi management bos sumer hampeh,aku ase da nak bankrupt kot company tu.Skang keje company cina,besar gak company ni,gaji ok la,bonus pon boleyla kot.Tapi nak kata dieorang tade masalah ke ape pon tak jugak.Sama2 dieorang ade jek dengki mendengki,takley tengok orang laen berjaya lebih.Tapi aku respect boss n anak dia,very humble,aku ase satu dalam sejuta kot boss camni.Ngan anak boss borak2 cam kawan jek,siap boleh guna personal gym die lagi.
 
Bos Melayu ni suka kna bodek. ...suka ngan staf mulut manis
 
kalau belajar bab OB (organizational behavior).
pentingnya boss sebagai ketua.
boss lemah staff tak senang hati tak yakin akan boleh kerja lama kalau company swasta la.
 
Ok.. aku rasa hampir semua orang penah kerja makan gaji (hampir ye bukan semua)

aku pernah keja sendiri tapi x leh pegi.

pengalaman aku kerja 3 jenis bangsa. aku maklumkan yang aku ni jenis workholic.. memang kalo keja memang keja kekadang sampai malam. aku nak sharekan pengalaman kerja aku, bukan aku nk memperkecilkan atau menghina bangsa sendiri tapi korang nilaikan sendiri apa yang aku nk cerita. mungkin korang ada pengalaman yang disebaliknya dengan aku. tapi aku terpanggil untuk menceritakan selepas aku kena sound ngan member aku.


- company india
aku kerja ngan company ni as fresh graduate. masa interview tu, maybe sebab desprate nk kerja. aku cakap ngan bos tu. aku x kisah kerja gaji brapa. bawak 1k pun aku sanggup sebab aku x de keja (padahal baru abis blajar 2-3bulan je pun), tapi bos dia cakap. "i'll not give u below than that, nanti u kerja tak senang hati x bagus." so dia bagi aku gaji lebih dri tu. dan by-performance, dlm masa 2 tahun aku dekat 6 kali increment gaji naik. sebab bila aku keja. aku akan analisa kerja2 yg company buat dan cadngkan sistem yg lebih baik dari yang sedia ada. jadi dari masa ke semasa memang setiap kali increment, increment aku paling tinggi.

lepas tu aku berenti.. aku kerja company melayu plak.. (tp nnt aku cerita)


aku berenti kerja company melayu tu. aku join company cina plak. disebabkan yang interview aku ni HR, jadi gaji aku kena bargain. aku terima yang jumlah yang resonable. kata hr tu. awk kerja dulu, mana tau nnt masa confirm dia naikkan gaji awak. so aku kerja macam biasa aku kerja. dan memang betul. masa aku confirmation. bos aku naikkan gaji dekat 80% dari gaji asal. sampai aku tergamam dan termenung dekat seminggu macam x percaya. tu belum kira yang lain2 lagi.

Malah kerja aku sama macam company india tu. Less-Supervision. Xde sapa yang monitor kerja aku. tau cukup masa siap. nak cuti ke xde masalah. nak claim ke xde byk cerita bos terus sain. lebih kurang company india yang aku kerja sblum ni.

jadi berbalik kepada company melayu yang aku kerja.

sudahlah director company melayu ni beria-ia suruh aku kerja ngan dia. nama jawatan mmg dasat = "branch manager", gaji rm1.2k???... itu pun director tu nego gaji minta gaji lagi kurang. dia kata nanti2 la saya naik sikit2. aku niat aku nk tolong bangsa sendiri. aku kerja la.

tau camna aku berenti?... aku sms bagi cadangan structur branches yg aku jaga ni. diorang kondem aku. dia kata aku memandai ubah structur company padahal dah terang2 aku cakap aku bagi "cadangan".

dah la kena kondem. dia suruh aku kerja lebih masa, bila aku nk claim OT. alasannya, awak bukan buat kerja pun. ** xdibayar OT langsung **?? Lepas tu masa lepas aku berenti.. dia hold gaji aku dekat 2 bulan. Aku memula ingat dia lupa. tapi staff sana bgtau aku memang bos sengaja hold gaji aku. siap bg amaran jangan angkat kalau aku call. (xde kerja aku nk call opis pun..)

perghh.... aku terpanggil untuk menaip debate ni sebab ari tu. aku kerja patut balik 5.30ptg tp sebab kerja byk kat opis, jadi dekat 2-3minggu gak aku balik 11-12 tengah malam. dia cakap "peehh kau, kayakan cina~"

jadi pk je la kerja ngan bangsa sendiri dipijak2.

ini adalah pengalaman aku, mungkin korang berlainan dari aku.
dan ada 2-3 company melayu yg aku kerja pun lebih kurang perangai bos dia. biasanya:
- anak bos biasanya berlagak macam dia lah bos besar
- bos x boleh di tegur atau sindir walaupun salah sendiri
- bila sales down. macam2 alasan nk tarik gaji & OT staff
- staff wajib kerja lebih masa. biasanya dia akan bagi kerja at least korang kena kerja dalam 45minit kebawah sebab kalo x cukup 1 jam x boleh claim OT.
- sentiasa akan cari salah staff

kalo ada yang x bole terima aku minta maaf.

cer letak nama company tu kat sini boleh?pengalaman saya berlawanan dgn bro....
 
Aku pernah jgk la kje gan comp cina sekali & compny melayu ada 3-4 tempat kot..so far aku kje dgn company melayu ni yg x bestnye gaji mmg ciput r,bayangkan dulu mase aku interview HR tu siap ckp lg kami x mampu nk bg gaji yg kamu mintak ni(padahal aku mintak gaji sama dgn gaji lama aku 1.5k je).so nk xnak terima je la,alasan x mampu nk bg gaji mcm tu yg aku rasa alasan x bole blah tu.aku mntak pakai diploma kot bukan pkai spm je hmmm

setelah beberapa tahun aku dok sini baru aku tau kalu pangkat senior2 @ bos2 ni gaji diorg adalah paling tinggi banding dgn syarikat saingan yg lain..dr segi benifit2 pun sama..siap kwn aku yg dok Finance Dept pun bgtau bos2 smua benda dia claim,sampaikan pegi cuci kereta pun dia leh claim peeerrgghh...

aku dok rasa gaji yg sepatutnye aku dpt tu munkin dia dah tolak ke arah sana la kot.nak cover claim2,benifit2 org2 atasan yg tingi tu.psl tu gji admin kt comp aku kje ni kcik ya amat..org bawahan yg merana hmmm
 
pengalaman bapak aku,mmg ada company melayu HAMPEH tapi BUKAN SEMUA YE
bapak aku jenis tak suka bercerita pasal kerja,tp ini aku korek cerita sikit2 dari mak aku.

alkisahnya kata gaji potong epf,tp habuk pun takda bila check.bapak aku pg report pastu bapak aku resign
 
kawan saya keje lawyer.Lepas company (Melayu) dah kaya,bos shopping beli kete2 mewah pastu condo.Comapany makin kaya tp staff plak makin susah.Bile claim ot/outstation payah nak dapat.
 
Back
Top
Log in Register