Ok.. aku rasa hampir semua orang penah kerja makan gaji (hampir ye bukan semua)
aku pernah keja sendiri tapi x leh pegi.
pengalaman aku kerja 3 jenis bangsa. aku maklumkan yang aku ni jenis workholic.. memang kalo keja memang keja kekadang sampai malam. aku nak sharekan pengalaman kerja aku, bukan aku nk memperkecilkan atau menghina bangsa sendiri tapi korang nilaikan sendiri apa yang aku nk cerita. mungkin korang ada pengalaman yang disebaliknya dengan aku. tapi aku terpanggil untuk menceritakan selepas aku kena sound ngan member aku.
- company india
aku kerja ngan company ni as fresh graduate. masa interview tu, maybe sebab desprate nk kerja. aku cakap ngan bos tu. aku x kisah kerja gaji brapa. bawak 1k pun aku sanggup sebab aku x de keja (padahal baru abis blajar 2-3bulan je pun), tapi bos dia cakap. "i'll not give u below than that, nanti u kerja tak senang hati x bagus." so dia bagi aku gaji lebih dri tu. dan by-performance, dlm masa 2 tahun aku dekat 6 kali increment gaji naik. sebab bila aku keja. aku akan analisa kerja2 yg company buat dan cadngkan sistem yg lebih baik dari yang sedia ada. jadi dari masa ke semasa memang setiap kali increment, increment aku paling tinggi.
lepas tu aku berenti.. aku kerja company melayu plak.. (tp nnt aku cerita)
aku berenti kerja company melayu tu. aku join company cina plak. disebabkan yang interview aku ni HR, jadi gaji aku kena bargain. aku terima yang jumlah yang resonable. kata hr tu. awk kerja dulu, mana tau nnt masa confirm dia naikkan gaji awak. so aku kerja macam biasa aku kerja. dan memang betul. masa aku confirmation. bos aku naikkan gaji dekat 80% dari gaji asal. sampai aku tergamam dan termenung dekat seminggu macam x percaya. tu belum kira yang lain2 lagi.
Malah kerja aku sama macam company india tu. Less-Supervision. Xde sapa yang monitor kerja aku. tau cukup masa siap. nak cuti ke xde masalah. nak claim ke xde byk cerita bos terus sain. lebih kurang company india yang aku kerja sblum ni.
jadi berbalik kepada company melayu yang aku kerja.
sudahlah director company melayu ni beria-ia suruh aku kerja ngan dia. nama jawatan mmg dasat = "branch manager", gaji rm1.2k???... itu pun director tu nego gaji minta gaji lagi kurang. dia kata nanti2 la saya naik sikit2. aku niat aku nk tolong bangsa sendiri. aku kerja la.
tau camna aku berenti?... aku sms bagi cadangan structur branches yg aku jaga ni. diorang kondem aku. dia kata aku memandai ubah structur company padahal dah terang2 aku cakap aku bagi "cadangan".
dah la kena kondem. dia suruh aku kerja lebih masa, bila aku nk claim OT. alasannya, awak bukan buat kerja pun. ** xdibayar OT langsung **?? Lepas tu masa lepas aku berenti.. dia hold gaji aku dekat 2 bulan. Aku memula ingat dia lupa. tapi staff sana bgtau aku memang bos sengaja hold gaji aku. siap bg amaran jangan angkat kalau aku call. (xde kerja aku nk call opis pun..)
perghh.... aku terpanggil untuk menaip debate ni sebab ari tu. aku kerja patut balik 5.30ptg tp sebab kerja byk kat opis, jadi dekat 2-3minggu gak aku balik 11-12 tengah malam. dia cakap "peehh kau, kayakan cina~"
jadi pk je la kerja ngan bangsa sendiri dipijak2.
ini adalah pengalaman aku, mungkin korang berlainan dari aku.
dan ada 2-3 company melayu yg aku kerja pun lebih kurang perangai bos dia. biasanya:
- anak bos biasanya berlagak macam dia lah bos besar
- bos x boleh di tegur atau sindir walaupun salah sendiri
- bila sales down. macam2 alasan nk tarik gaji & OT staff
- staff wajib kerja lebih masa. biasanya dia akan bagi kerja at least korang kena kerja dalam 45minit kebawah sebab kalo x cukup 1 jam x boleh claim OT.
- sentiasa akan cari salah staff
kalo ada yang x bole terima aku minta maaf.