BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai closed

Salam sejahtera,

Saya ada dihubungi oleh pengguna2 yang mengaku telah mencuri elektrik, menggunakan elektrik dengan curang. Mereka menyatakan kekesalan setelah memahami risiko yang bakal ditanggung tatkala TNB membuat operasi pada bila2 masa, disamping berasa bersalah kerana ianya bukanlah suatu amalan yang sihat untuk ditunjukkan kepada kaum keluarga sendiri dan anak2.

Mereka juga terpengaruh dengan nasihat rakan2 yang turut sama terbabit lebih awal, setelah ditunjukkan bukti2 penurunan bil elektrik. Ditambah lagi dengan keyakinan bahawa pekerja TNB sendiri yang membuat pengubahsuaian.

Saya ditanya adakah ada cara untuk mengembalikan meter tersebut kepada keadaan normal/asal, seolah2 mereka tidak melakukan apa2.

Insya'allah ada penyelesaian.
Cuma kaedah penyelesaian adalah berbeza bagi setiap kes.
Kaedah penyelesaian akan membabitkan TNB, dan mungkin pembabitan ST jika perlu. Saya hanya akan menjadi facilitator bagi pengguna yang terbabit.

Kos Perundingan: Percuma. Pengguna 'mungkin' perlu menanggung kos perjalanan/apa2 perbelanjaan terbabit jika perlu.

Terima kasih.

Bagus TT buat kerja amal.. :)
 
Kat tempat aku plak, yang membuat benda nie orang TNB sendiri...Tanyalah staff TNB, mesti diorang buleh buat...Bayarannya 300 dan bila dah usik meter kena pastikan pengurangan bil tidak banyak sangat...

tengok tu, org tnb sendiri yg buat.
 
Mcmn TNB tahu org guna kaedah tertentu utk kurangkan bil?
Bacaan meter x sama ngan penggunaan ke apa?

TNB tau sebab semua tu engineering dgn mekanikal konsep jer...senang giler nak detect curi tak curi...

Aku ada beberapa konsep nak kasi kurang bil lah...nak sebelum @ selepas meter pun ader...nak yg senang @ panjang punyer konsep pun ader...tapi belum lagi nak jual ini konseplah...siap ada buku & slaid lagi...dapat dari member Kerja Kat SEAL TNB...

Tengah fikir...nak letak harga jer...(ooi tara bole...Curang Maa)

Konsep Rundingan selepas kenapa tangkap pun ader..cara2 mengurangkan bayaran Pengiraan kebelakang (Backbilling)....boleh kurang sampai 50- 70 % dari bayaran kena bayar balik...
 
Last edited:
satu kesimpulan yg menarik dan satu thread yg baik..tq tuan...kalau ikut komposisi kaum, masyarakat cina adalah yg bijak,..bila kena kategori satu, depa buat aduan dan minta tnb check serta ingin tukar meter baru.


semua yg nak disampaikan telah disimpulkan oleh tuan dgn berhemah...bijak2:)cgrock

itu yg membezakan otai yg pakar spt tuan dgn petai acah2 pakar mcm xxxx dlm tnb.kikiki

aik....ada juga ke petai acah2 kat TNB tu?
 
Malam tadi ada yg email saya menyatakan mereka telah membayar RM300, ada yg RM400 kpd sindiket yg 'buat kerja' ni. Saya suka ingatkan, skop thread ini hanya utk yg ingin berubah shj & ingin perbetulkan keadaan akau masing2, apa yg dah berlaku di antara pengguna & sindiket ni di luar skop saya.

Harap maklum.
 
lepas tukar meter baru je bil api mencanak naik.. bil bulanan beza sampai rm50 padahal penggunaan lebih kurang je setiap bulan.. tu kira tnb curang tak?
 
lepas tukar meter baru je bil api mencanak naik.. bil bulanan beza sampai rm50 padahal penggunaan lebih kurang je setiap bulan.. tu kira tnb curang tak?

Untuk kebaikan, sila rujuk post #74.
 
Back
Top
Log in Register