ulam
CG Top Poster Club

- Messages
- 22,372
- Joined
- Apr 30, 2008
- Messages
- 22,372
- Reaction score
- 60
- Points
- 120
Salam sejahtera,
Saya ada dihubungi oleh pengguna2 yang mengaku telah mencuri elektrik, menggunakan elektrik dengan curang. Mereka menyatakan kekesalan setelah memahami risiko yang bakal ditanggung tatkala TNB membuat operasi pada bila2 masa, disamping berasa bersalah kerana ianya bukanlah suatu amalan yang sihat untuk ditunjukkan kepada kaum keluarga sendiri dan anak2.
Mereka juga terpengaruh dengan nasihat rakan2 yang turut sama terbabit lebih awal, setelah ditunjukkan bukti2 penurunan bil elektrik. Ditambah lagi dengan keyakinan bahawa pekerja TNB sendiri yang membuat pengubahsuaian.
Saya ditanya adakah ada cara untuk mengembalikan meter tersebut kepada keadaan normal/asal, seolah2 mereka tidak melakukan apa2.
Insya'allah ada penyelesaian.
Cuma kaedah penyelesaian adalah berbeza bagi setiap kes.
Kaedah penyelesaian akan membabitkan TNB, dan mungkin pembabitan ST jika perlu. Saya hanya akan menjadi facilitator bagi pengguna yang terbabit.
Kos Perundingan: Percuma. Pengguna 'mungkin' perlu menanggung kos perjalanan/apa2 perbelanjaan terbabit jika perlu.
Terima kasih.
Bagus TT buat kerja amal..