BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

closed

Status
Not open for further replies.
Alhamdulillah ,
dah ramai mendapat kesan positif dari diet TT,
saya dah minggu ke 2 bulan ke 2 TPD ,
masih belum langgar pantang 16 jam (kalau ada majlis atau tak tahan lapar buat 14 jam jer )
kalau rajin 'meme' buat 19 jam,
lebih dari tu saya puasa sunat jer,
apatah lagi Rejab dah tiba lani.

sebulan pertama , saya ada catat semua makanan yang di ambil ,
dan tanda merah untuk makanan tak berkhasiat atau terlalu banyak Carbo yang diambil, tapi lani ... dah tak buat dah ,
sendiri mau ingat kalau nak penurunan yang positif,
kurangkan gula
kurangkan carbo
kurangkan makanan yang banyak proses
kurangkan fastfood

dan BERSENAM !!! <- saya tengah usahakan , siap beli kettle bell lagi best-best :)cgrock

p.s saya timbang berat 2 minggu sekali , insyaallah akan di Up Date dekat CG sebulan sekali :D

terbaik cara sis ni, segala mainpoint ada di situ, jadi amalan sis akan membuahkan hasil yang optimum..

1. carb kurangkan = selagi ada lemak, selagi tu terlebih carb
2. makan natural foods, rajin2 le masak sendiri..
3. Exercise = + muscles- lemak+tenaga = sihat+badan cantik :)cgrock:)cgrock
 
dah ramai kawan2 yang nak buat diet ni sempena nak menyambut puasa

sebab semua nak buat SCD..bila dah masuk puasa, baru nak buat TPD kata mereka..haha

kata mereka ye...hehe...

cakap kat depa, kata2 ja x cukup....kena buat terus..:D
 
masa buat SCD , saya ada berkongsi info dgn rakan2 satu pejabat dan family,
jadi dorang faham saya tak makan nasi/carbo/buah
tapi untuk teknik TPD saya tak bercerita dengan mana2
kenalan pun ,
sebab banyak sangat komen/sindiran negatif dari mereka yg tak mahu berubah rakan2 dekat opis lar , family ok jer
nak seribu daya , kalu tak nak 2 ribu alasan...
semua dah matang dan dah tahu apa yg baik dan tidak untuk kesihatan,
malas saya nak berhujah,
janji kita tetap sihat dan slim.

tapi teguran rakan2 yg jarang berjumpa dah bertambah ni :D
Alhamdulillah :)cgrock

no prob sis, yang penting sis puas dengan hasil diri sendiri, apa yang penting, bukan apa yang mereka rasa, tapi apa yang sis rasa,

dan paling penting skali, apa yang suami sis rasa..(kalau dah kawin le)

yang kedua, kita jaga kesihatan sebab kita sayang orang terdekat dengan kita..

yang ketiga
...kita saving....kciiiiing, bunyi duit saving... :)paid:)paid
 
Second day dah pakcik dok makan nasik
alhamdulillah xde perasaan membuak nak makan sebab esok cuti..

Dulu pakcik pernah buat x ambik nasik.. Sebulan
sampai termimpi-mimpi keenakkan nasik
CUKUP SEBULAN BOLEH MAKAN NASIK BALIK, PAKCIK BALUN MACAM ORG X PERNAH JUMPA
ELOK TURUN 4KG, NAIK BALIK 6KG :D

dengan system ni.. InsyaAllah boleh berjaya..

insyaAllah pakcik ye....

ingat hari ke 7 sila makan nasi...

timbang sebelum makan...lepas tu JANGAN TIMBANG DAH..sampai hari yang ke 7 akan datang...

sebab hari lepas kita MELANTAK tu berat akan naik balik, dan akan surut lebih lagi pada hari ke 5 dan ke 6, so timbang hanya pada hari MELANTAK, hari ke 7

p.s:sori guna perkataan melantak, maknanya boleh makan karb...hehe
 
kata mereka ye...hehe...

cakap kat depa, kata2 ja x cukup....kena buat terus..:D

setakat ni yang betul2 dah buat, 4org
3org SCD, 1 TPD..

semua target puasa punya pasal..haha
ingatkan ramai yang nak buat TPD sebab SCD macam berat sikit,
tapi ropanya semua xsabar nak turunkan berat badan mengejut cam saya..haha

skrg saya lak jadi penasihat diet kat opis..:eek::eek:
sebab depa xtau forum2 ni..haha
 
Bro Chaphoo.
Saya ada terbaca thread bro tentang
Ilmu Kesihatan Percuma..Ilmu yg sangat menarik untuk dikongsi bersama. thanks bro.

Jadi, saya terfikir untuk minta pendapat bro.Harap tak keberatan..

Sy berat 60kg, tinggi 171cm.

Now sy nk increase weight saya disamping
membesarkan otot serta badan.(Target dlm 10kg)

.

Jadi, ada tips untuk saya tak? Saya ada ambil
Protein supplement.

Dan, mcm mana cara untuk menghasilkan V-shape body? thanks!

ok teruskan makan protein dengan banyak, dan ambil carb yang secukupnya...

step pertama, kuasai berat badan, bodyweight training, buat push up, sampai boleh capai 50x tanpa henti, dalam form yang sempurna...

contoh, harini, bro boleh buat 10x push up, next training cuba capai 15x, dan seterusnya, sampai boleh buat 50x dalam form yang sempurna

belajar juga buat pullup atau chinup, sampai boleh buat 15x tanpa henti...

belajar juga buat bodyweight squat sampai 30x tanpa henti....


capai 3 perkara di atas dulu...

bila bro boleh buat ke tiga2 exercise di atas, insyaAllah dah ada bentuk muscle yang OK.

bila exercise selang seli antara jenis exercise, contoh, hari isnin buat push up, selasa buat pullup, rabu buat squat....sekali sekala ambil masa rehat untuk recover, rehat seminggu ke, lepas 4 minggu exercise....

lepas tu baru, buat weight training/strength training...sebelum tu,bro bagi lepas dulu perkara di atas...
 
salam kawan2 soma..hari ni dah start buat SCD..nnti inform berat badan terkini nnti..tungguuuuuu
 
assalamualaikum. sejak kawin, bdn aku naik giler. jumpa lak tips tt ni. ingt nk cuba la. *supaya baju2 lama tu boleh pakai semula. haha. utk beginner mcm aku ni....mana sesuai? TPD ke SCD? heeeee

*bini aku ckp, aku dh gemuk skrg. aku ckp balik, bkn gemuk tapi chubby. hahaha. statement xleh blah...
 
no prob sis, yang penting sis puas dengan hasil diri sendiri, apa yang penting, bukan apa yang mereka rasa, tapi apa yang sis rasa,
dan paling penting skali, apa yang suami sis rasa..(kalau dah kawin le)
yang kedua, kita jaga kesihatan sebab kita sayang orang terdekat dengan kita..

yang ketiga
...kita saving....kciiiiing, bunyi duit saving... :)paid:)paid

antara sebab2 kenapa saya berdiet
- umur meningkat , kadar metabolisma menurun , makan sket pun , berat tak turun2 , jadi kena buat diet yang betul.
- serangan sakit jantung tak kira pompuan , lelaki , muda ke tua jadi kena kawal pengambilan makanan tak berkhasiat .
- kalau gemuk , pergerakan tak aktif , naik tangga pun semput.

dan sebenarnya baju saya ada satu Almari tak boleh pakai , sedekah tu, dah sedekah pun
tapi untuk beli semua kain baru dengan upah tukang jahit yg mahal ,
memang satu kos yg besar , ada baju tak pernah dipakai lagi :((
ini satu pembaziran :(
jadi kena usaha dapatkan berat yg buleh muat baju tu semula
-> 57kg

dan bak kata tt

keupayaan mengawal diri itu, adalah keupayaan mengawal nafsu...ini tanda2 kecemerlangan :)cgrock
 
assalamualaikum. sejak kawin, bdn aku naik giler. jumpa lak tips tt ni. ingt nk cuba la. *supaya baju2 lama tu boleh pakai semula. haha. utk beginner mcm aku ni....mana sesuai? TPD ke SCD? heeeee

*bini aku ckp, aku dh gemuk skrg. aku ckp balik, bkn gemuk tapi chubby. hahaha. statement xleh blah...

orang lelaki kalau buat SCD 'meme' cepat turun... tapi kena mampu tolak nasi dalam tempoh 6 hari.... 1 hari buleh makan nasi.

kalau buat TPD , kena biasakan diri tak makan sarapan(contohnya), kena tunggu lunch sambil minum air kosong :D
(dalam seminggu 2 akan rasa letih , pening macam awal2 puasa... tapi sekarang selepas buat 6 minggu ,saya dah biasa dengan rutin ini , insyaallah , buleh sambung sampai ramadhan nanti )

sila pilih mengikut kesesuaian diri :D
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register