BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cis..Samseng Junior...

baru kene gertak dgn cikgu disiplin da cuak...budus
 
KUALA LUMPUR: Seorang ibu berusia awal 30-an hanya mampu menjerit meminta pertolongan selain merayu dikasihani apabila anak lelakinya berusia 17 tahun dibelasah lebih 20 pelajar digelar ‘samseng junior’ di sebuah sekolah di Sungai Besi, di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, kumpulan itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas mangsa menegur mereka yang mengganggu pelajar lain ketika sesi persekolahan berlangsung. Dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu, mangsa sedang berjalan ke kereta sebelum dikepung lebih 20 pelajar di hadapan pintu keluar sekolah berkenaan. Menurut sumber, ketika kejadian, ibu mangsa menunggu dalam kereta di hadapan sekolah berkenaan untuk menjemputnya. “Seorang daripada mereka tiba-tiba memukul mangsa sebelum beberapa pelajar lain turut berbuat demikian manakala sebahagian kumpulan pelajar lain pula mengawal rakan mangsa daripada campur tangan,” katanya. Difahamkan, disebabkan terlalu ramai, mangsa hanya mampu menutup kepala menggunakan tangan selain merelakan badannya disepak terajang kumpulan terbabit. Ibu mangsa yang berada hanya beberapa meter dari lokasi kejadian berlari sambil menjerit meminta pertolongan. Sumber berkata, ibu mangsa juga tidak dapat menghampiri anaknya kerana kumpulan pelajar terbabit mengelilinginya. “Semua pelajar terbabit hanya melarikan diri sebaik seorang guru disiplin sekolah berkenaan tampil meleraikan pergaduhan,” katanya. Difahamkan, semua ‘samseng junior’ itu bertempiaran lari sebaik menyedari kedatangan guru disiplin berkenaan. Mangsa dibawa ke pejabat sekolah sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. Bagaimanapun, mangsa disahkan hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Sehubungan itu, mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi di sini. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. “Kita mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan dan masih menunggu kelulusan timbalan pendakwa raya untuk memulakan siasatan,” katanya.


erk....erk.....jumaat lps ek? kalau kat sekolah aku...hari khamis benda ni jadi.....:p

tp kes ni sebijik macam kes kat sekolah aku jer...:-?...tp sekolah aku bukan kat sg.besi...dkt2 jer la tu...:D....siap mak budak tu sekali terkena pukulan kat tgn......~X(
 
adeh ramai betul nak jadi samseng

diorang tak kenal dunia lagi kot, kawan2 aku yang jadi samseng sekolah skang jadi balaci atau hamba

Gaji RM600-RM800 sebulan, dah kahwin anak ramai, terpaksa jadi kuli ketua2 bahagian UMNO, ketua bahagian UMNO suruh buat apa pun buat

Hidup susah, nak angkat muka pun tak berani, mana nak angkat muka, duit takde
 
anak aku nanti sume aku suruh masuk seni mempertahankan diri.. takut aku wehhhh...
 
20 org tu...
so apa hukuman kat budan yg samseng tu ek?
buang sekolah ke?
then jadi apa?
wah berat ni....
 
bila kes macam ni keluar, akhirnya guru2 la yang dipersa;ahkan..bila diambil tindakan ke atas pelajar macam ini,contohnya sebat,gantung sekolah atau buang sekolah,guru2 juga dipersalahkan..tengokla kalau tak percaya.
 
kecik2 jadi samsenng .. bile besar jadi rempit .. dah dewasa jadi pencuri2 tua2 baru nak insaf ....

taklah..bila dah besar join kongsi gelap melayu.pau duit melayu.pukul melayu.isap dadah segala.pastu join politik demi melayu.:D
 
anak aku nanti sume aku suruh masuk seni mempertahankan diri.. takut aku wehhhh...

erm..nanti takut anak saudari jadi tukang buli.sebab ada ilmu mempertahankan diri.macam mana pula tu?:-?
 
bacul 20 lawan 1..try one by one..aku rasa budak tu leh makan..:))
 
Back
Top
Log in Register