Cis..Samseng Junior...

CG Sponsors




honda_primo

Banned
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
KUALA LUMPUR: Seorang ibu berusia awal 30-an hanya mampu menjerit meminta pertolongan selain merayu dikasihani apabila anak lelakinya berusia 17 tahun dibelasah lebih 20 pelajar digelar ‘samseng junior’ di sebuah sekolah di Sungai Besi, di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, kumpulan itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas mangsa menegur mereka yang mengganggu pelajar lain ketika sesi persekolahan berlangsung. Dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu, mangsa sedang berjalan ke kereta sebelum dikepung lebih 20 pelajar di hadapan pintu keluar sekolah berkenaan. Menurut sumber, ketika kejadian, ibu mangsa menunggu dalam kereta di hadapan sekolah berkenaan untuk menjemputnya. “Seorang daripada mereka tiba-tiba memukul mangsa sebelum beberapa pelajar lain turut berbuat demikian manakala sebahagian kumpulan pelajar lain pula mengawal rakan mangsa daripada campur tangan,” katanya. Difahamkan, disebabkan terlalu ramai, mangsa hanya mampu menutup kepala menggunakan tangan selain merelakan badannya disepak terajang kumpulan terbabit. Ibu mangsa yang berada hanya beberapa meter dari lokasi kejadian berlari sambil menjerit meminta pertolongan. Sumber berkata, ibu mangsa juga tidak dapat menghampiri anaknya kerana kumpulan pelajar terbabit mengelilinginya. “Semua pelajar terbabit hanya melarikan diri sebaik seorang guru disiplin sekolah berkenaan tampil meleraikan pergaduhan,” katanya. Difahamkan, semua ‘samseng junior’ itu bertempiaran lari sebaik menyedari kedatangan guru disiplin berkenaan. Mangsa dibawa ke pejabat sekolah sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. Bagaimanapun, mangsa disahkan hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Sehubungan itu, mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi di sini. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. “Kita mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan dan masih menunggu kelulusan timbalan pendakwa raya untuk memulakan siasatan,” katanya.
 
Sponsored Post

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
perghhh...giler..
pukul depan mak terus :eek::eek:

kasi hempuk je budak2 tu sumer ~X(
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
samseng taik kuceng tul..... kecik2 dah nak belagak samseng...:mad:
 

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
Saranan utk ibu bapa... Galakkan anak belajar ilmu pertahankan diri.. Dunia semakin mencabar..:)cgrock
 

roslanab

Active Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
2,483
Reaction score
23
Points
25
Inilah pelapis2 perogol beramai2, hisap syabu, merompak beramai2, ragut, membunuh dan sebagainya.

Nak kata takde didikan agama, dah diajar kat sekolah.
Aku pun naik heran lah budak2 sekarang ni.
hari ini anak dia/dorang jadi mangsa,
esok lusa anak sapa... adakah anak kita? nauzubillah.

para pemerintah, mainkan peranan anda...!!!
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
ini sudah lebey bebudak nie...

sendiri yg hal....

org lain plak kena hempuk....

aku pijak2 je bebudak nie karang....
 

Firma

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
cis.....bebudak sekarang da kurang ajar:mad::mad::mad:

klu aku ada kat sana aku hantar terus 20 tu p hospital
 

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
fuuuhh... ganaz tol laaa.... mudah2an sempat bertaubat...
 

lampor_2003

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,045
Reaction score
137
Points
123
meh cnih budak2 samseng nih..bio aku kerjakan..hu3..trenin ala2 komando kang baru taw..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register