alonso
CG Hardcore Club


- Messages
- 62,527
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,527
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
baru kene gertak dgn cikgu disiplin da cuak...budus
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



KUALA LUMPUR: Seorang ibu berusia awal 30-an hanya mampu menjerit meminta pertolongan selain merayu dikasihani apabila anak lelakinya berusia 17 tahun dibelasah lebih 20 pelajar digelar ‘samseng junior’ di sebuah sekolah di Sungai Besi, di sini, Jumaat lalu.
Difahamkan, kumpulan itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas mangsa menegur mereka yang mengganggu pelajar lain ketika sesi persekolahan berlangsung. Dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu, mangsa sedang berjalan ke kereta sebelum dikepung lebih 20 pelajar di hadapan pintu keluar sekolah berkenaan. Menurut sumber, ketika kejadian, ibu mangsa menunggu dalam kereta di hadapan sekolah berkenaan untuk menjemputnya. “Seorang daripada mereka tiba-tiba memukul mangsa sebelum beberapa pelajar lain turut berbuat demikian manakala sebahagian kumpulan pelajar lain pula mengawal rakan mangsa daripada campur tangan,” katanya. Difahamkan, disebabkan terlalu ramai, mangsa hanya mampu menutup kepala menggunakan tangan selain merelakan badannya disepak terajang kumpulan terbabit. Ibu mangsa yang berada hanya beberapa meter dari lokasi kejadian berlari sambil menjerit meminta pertolongan. Sumber berkata, ibu mangsa juga tidak dapat menghampiri anaknya kerana kumpulan pelajar terbabit mengelilinginya. “Semua pelajar terbabit hanya melarikan diri sebaik seorang guru disiplin sekolah berkenaan tampil meleraikan pergaduhan,” katanya. Difahamkan, semua ‘samseng junior’ itu bertempiaran lari sebaik menyedari kedatangan guru disiplin berkenaan. Mangsa dibawa ke pejabat sekolah sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. Bagaimanapun, mangsa disahkan hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Sehubungan itu, mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi di sini. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. “Kita mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan dan masih menunggu kelulusan timbalan pendakwa raya untuk memulakan siasatan,” katanya.


kecik2 jadi samsenng .. bile besar jadi rempit .. dah dewasa jadi pencuri2 tua2 baru nak insaf ....
anak aku nanti sume aku suruh masuk seni mempertahankan diri.. takut aku wehhhh...