eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GEORGETOWN: Polis menumpaskan sindiket dianggotai 11 pelajar dari Nigeria dan tiga wanita tempatan yang memperdaya lebih 100 wanita ketandusan kasih sayang melalui laman sembang sosial, Jumaat lalu.
Pelajar warga asing itu dikesan turut memperdaya seorang warga emas berusia 73 tahun dengan janji untuk berkahwin selepas menjalin hubungan cinta.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, anggota sindiket itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di Bukit Mertajam, Seberang Prai dan Butterworth oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan negeri.
Menurutnya, sindiket terbabit sudah memperdaya 111 wanita tempatan dengan menabur kata-kata cinta serta menggunakan wajah lelaki tampan dari Britain sebagai umpan sebelum mengaut wang kira-kira RM1.5 juta.
Katanya, bagi memberi kepercayaan kepada mangsa selepas menjalin hubungan cinta melalui laman sembang sosial, sindiket itu akan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan wanita tempatan dikenali sebelum meminta alamat dan nombor telefon mangsa untuk dihubungi.
“Selepas itu, mereka akan menghantar bungkusan hadiah konon dari luar negara untuk mangsa dan susulan itu, tiga wanita tempatan akan menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menghubungi wanita berkenaan.
“Wanita ini kemudian menyatakan bungkusan hadiah dihantar dari luar negara oleh kekasih mereka dirampas jabatan itu kerana tidak membayar cukai,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun selepas bayaran duti dibuat melalui Internet atau memasukkan wang dalam akaun tertentu seperti diarahkan pegawai terbabit, mangsa tidak menerima bungkusan dijanjikan manakala kekasih tampan juga akan menghilangkan diri.
Menurutnya, mangsa akan dipaksa membayar duti antara RM5,000 dan RM130,000 untuk pelbagai hadiah mewah termasuk wang tunai Amerika Syarikat, barang kemas, produk kraftangan, kamera dan komputer riba.
Katanya, ada antara mangsa diperdaya konon teman lelaki mereka berasal dari Britain itu ditahan di lapangan terbang kerana kesalahan membawa wang melebihi had dan meminta mangsa membayar wang jaminan membebaskannya.
“Semua suspek berusia antara 25 hingga 38 tahun disiasat mengikut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.