BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cinta Internet, gadis diperdaya RM19,879

mcm2 ler org zaman sekarang nih...

pelik2 jer brita
 
tanya mamat tuh, Uk duk mana..bior aku suh geng2 black ai pis aku pi cari dia..kasik sedas dua
 
adoyai..
ssh gak klu laki terover power mengayat neh..:(
 
scam berleluasa jer skrang ni.. berhati2 sebelum nak percaya seseorang..
 
Pergh...hebat tul..mesti ayat dia power!!!Sian perempuan tuh..
 
lelaki malaysia ramai yg hebat, dok minat juga yg luar...
konon²nya bagus sangat la diri tu, kan dah kena.
 
susah nak percaya orang sekarang ni kan....
 
KUALA LUMPUR - Helah seorang lelaki memikat seorang gadis melalui Internet membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan wang sebanyak RM19,879.29 daripada gadis terbabit setelah berpura-pura ingin mengahwininya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 39, memberitahu, dia mengenali lelaki yang bernama Raymond itu menerusi sebuah laman web yang dilayarinya dua bulan lalu.

"Bermula dengan satu pesanan darinya yang mengaku tinggal di United Kingdom, hampir setiap hari kami berhubung sehinggalah kami menjadi mesra," ceritanya pada sidang akhbar di pejabat Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong di Ampang di sini semalam.

Menurutnya, kerana kasih, Raymond berjanji akan mengirimkan sebuah komputer riba, pemain digital MP3, sebentuk cincin dan banyak lagi menerusi kargo selepas berbual pada 26 Jun lepas.

Selang tiga hari kemudian, Lam telah dihubungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Keiran mendakwa mewakili sebuah syarikat kargo Skynet memintanya memasukkan RM16,379.29 sebagai cukai kastam ke atas barangan yang dikirim oleh Raymond.
 
Back
Top
Log in Register