BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cikgu Suraya terima anugerah

Farah_and_Suraya.jpg
 
terbaik cikgu. jasa cikgu pasti dikenang


bole pinjam pam tayar x cikgu?
 
Pelajar perempuan cemerlang SPM tinggal menumpang di pusat snuker

71489912841_FarahMarcellaSura.jpg

Farah Marcella cemerlang dalam SPM biarpun hanya dua bulan membuat persiapan. - Foto/Facebook Suraya Abdul Rahim

UJIAN datang dalam hidup seseorang manusia melalui pelbagai cara, namun jika kita cekal bersemangat meneruskan hidup, pasti kita akan dapat melihat hikmah di sebaliknya.

Mungkin itu pengajaran yang boleh diperoleh daripada kisah seorang pelajar yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, Khamis lalu.

Di sebalik kekurangan dan dugaan yang dihadapinya, Farah Marcella, pelajar SMK Seri Kota Puteri Pasir Gudang, Johor, cemerlang dengan keputusan 6A.

Melalui satu perkongsian di akaun Facebook, guru Farah, Puan Suraya Abdul Rahim menceritakan, Farah bersama adik beradiknya ditinggalkan bapa tanpa tempat untuk berteduh.

Kerap kali hilang dari sekolah, Farah pernah dibuang sekolah ketika di tingkatan empat, sebelum kembali mendaftar diri untuk tingkatan lima.

Namun mungkin kerana masalah peribadinya, Farah tidak dapat hadir ke sekolah seperti pelajar lain.

Sedar potensi yang ada pada pelajar itu, Farah kemudiannya diambil tinggal bersamanya kerana bimbang pelajar itu akan hanyut tanpa bimbingan.

Hanya dua bulan dipersiapkan untuk SPM, kerja keras Farah, dibantu dengan komitmen daripada para guru, dia berjaya mendapat keputusan yang baik.

Menurut maklumat dari laman sosial, Farah dan adik beradiknya kini dibawah jagaan ibunya yang tinggal menumpang di sebuah pusat snuker.

Astro AWANI kini sedang berusaha menghubungi Puan Suraya untuk mendapatkan reaksi Farah mengenai kisah kejayaannya itu.

Satu tabung untuk membantu Farah dan keluarganya telah dilancarkan oleh Suraya dengan kerjasama abangnya, Zaikhan.


http://www.astroawani.com/gaya-hidu...-spm-tinggal-menumpang-di-pusat-snuker-136044


======


Mulianya hatimu cikgu

kiri.jpg_1489936552.jpg

Farah Marcella mencium Suraya sambil Suraya dan suaminya, Ahmad Daud melihat keputusan SPM Farah Marcella. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Guru displin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri, Suraya Abdul Rahim, 38, sanggup memberi perlindungan dan menjaga pelajar yang berasal dari keluarga kurang bernasib baik di kediaman keluarganya di Taman Johor Jaya di sini.

Niat murninya itu membolehkan pelajar berkenaan, Farah Marcella Bandie, 18, mencapai keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Khamis lalu.

Farah Marcella sebelum ini pernah dibuang sekolah ketika tingkatan empat akibat masalah kehadiran namun mendaftar kembali dan melanjutkan persekolahan pada tingkatan lima atas inisiatif sendiri.

Bagaimanapun, dia tidak hadir ke sekolah selama hampir dua bulan dan bekerja di warung menjual burger berhampiran tempat tinggal bagi meringankan beban ibu yang juga pekerja pusat snuker dan digantung tidak bertali sejak beberapa tahun lalu.

Ibu serta enam adik-beradiknya menumpang di pusat snuker berkenaan di Masai.

Menyedari kesulitan dialami pelajar berkenaan, Suraya tampil mempelawa Farah Marcella untuk tinggal bersamanya dua bulan sebelum menduduki SPM.

Farah Marcella yang ketinggalan dalam pelajaran tekad belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya mengecapi kecemerlangan dalam SPM demi membalas budi gurunya selain mengubah nasib keluarganya pada masa depan.


http://www.hmetro.com.my/node/214773
 
Selalu dengar orang duk cerita pasal kisah cikgu suraya ni, cuma tak pernah lagi baca, curious jugak macam mana cerita sebenarnya:-?:D
 
Pelajar perempuan cemerlang SPM tinggal menumpang di pusat snuker

71489912841_FarahMarcellaSura.jpg

Farah Marcella cemerlang dalam SPM biarpun hanya dua bulan membuat persiapan. - Foto/Facebook Suraya Abdul Rahim

mesti terharu, terkejut, pelbagai perasaan bercampur baur all in one :)
mmg terbaik cikgu ni, mendidik anak murid, merubah sikap dia kepada yg lebih baik..
tahniah cikgu suraya dan farah..
 
patut buat film dan tayanagkan kepada studen yg nak amik spm setiap tahun. baru ramai yg berubah. bukan nya duk filn rempit gengster memanjang je
 
Cikgu Suraya memang legend !! ��
 
Back
Top
Log in Register