BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ChargeSini Akan Pasang Stesen Pengecas EV Di 24 Cawangan Mydin

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,585
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,585
Reaction score
7,740
Points
916
Mydin kini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan ChargeSini, yang merupakan salah satu operator stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Melalui MOU itu, ChargeSini akan menempatkan stesen pengecas EV di 24 cawangan Mydin seluruh negara. Difahamkan, ChargeSini akan menyediakan 2 pengecas EV 60kW bagi setiap 24 cawangan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 48 pengecas dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2024. Namun, setakat ini tidak dinyatakan cawangan yang akan dipasang stesen pengecasan tersebut.
1697626258698.png

Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna mendapat akses pengecas EV dengan lebih mudah, selain dapat mempromosikan penggunaan EV di Malaysia. Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 telah mengumumkan pelaburan daripada syarikat TNB, GENTARI dan Tesla sebanyak RM170 juta untuk memasang lebih 180 stesen pengecasan EV.

Sumber asal ChargeSini
 
Back
Top
Log in Register