BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google CFM Kini Akan Bantu Google Dalam Melaporkan Kandungan Yang Melanggar Dasar Di Google & YouTube

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Google kini mengumumkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah dipilih dibawah Program Priority Flagger Google & YouTube. Dengan langkah ini, CFM akan bantu Google untuk melaporkan sebarang akndungan yang melanggar dasar di YouTube dan Google, dan beroperasi lebih pantas berbanding sebelum ini.

Google-CFM-Malaysia-950x633.jpg


Dengan pemilihan CFM juga, pelaporan kandungan turut boleh mengambil-kira konteks budaya tempatan. Selari dengannya, CFM akan diberikan akses khas untuk melaporkan kepada Google, selain turut akan terlibat dalam perbincangan dan memberikan maklum balas berkaitan dasar kandungan Google dan juga YouTube.

Selain ini, CFM juga melakukan sejumlah inisiatif lain, termasuk melindungi hak pengguna dalam sektor komunikasi dan multimedia. Melalui laman rasmi CFM, pengguna boleh melakukan pelbagai aduan, termasuk melibatkan caj bil telekomunikasi, masalah berkaitan telekomunikasi, masalah berkaitan kurier dan penghantaran, serta lain-lain, dan ia akan dibawah ke pihak sepatutnya. CFM merupakan sebuah organisasi kawal selia kendiri dibawah SKMM.​
 
Back
Top
Log in Register