BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO syarikat pembinaan kata abang salur sumbangan politik kepada Bersatu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

CEO syarikat pembinaan kata abang salur sumbangan politik kepada Bersatu​

ec9247fe-muhyiddin-yassin-bernama-140726-1.jpg

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, berdepan tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa, inisiatif kerajaan yang diperkenal semasa pandemik Covid-19 bertujuan bantu kontraktor Bumiputera. (Gambar Bernama)

Ketua Pegawai Eksekutif Sutracom Sdn Bhd, Shahrin Shamsuddin, 41, yang menjadi saksi pendakwaan ke-15 pada perbicaraan kes rasuah bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, berkata mulanya beliau tidak menyedari bahawa abangnya, pemilik Mamfor Sdn Bhd, Shahradzi Shamsuddin, membuat sumbangan tersebut.

Dalam pernyataan saksi, Shahrin berkata, syarikat milik keluarga, Sutracom, memperoleh kontrak RM605 juta bagi projek pembinaan dan naik taraf Lingkaran Pulau Indah Fasa 3 di bawah program Jana Wibawa kerajaan, pada Oktober 2022.

Beliau berkata, Sutracom kemudiannya memindahkan RM13.772 juta kepada Mamfor melalui sembilan transaksi dalam talian, antara 13 Sept 2021 hingga 14 Nov 2022.

Shahrin berkata, dana itu diperoleh daripada subkontraktor Vizione Group dan Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd sebagai deposit jaminan berkaitan projek Pulau Indah berkenaan.

“Saya sahkan wang yang dipindahkan ke syarikat abang saya, Mamfor Sdn Bhd, adalah untuk membayar perbelanjaan operasi dan hutang tertunggak syarikat milik keluarga kami, termasuk Majulia Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Sutracom Sdn Bhd,” katanya.

Dalam keterangannya, beliau hanya menyedari Shahradzi menyumbang sebahagian wang itu kepada Bersatu, pada satu mesyuarat keluarga diadakan bagi membincangkan siasatan SPRM ke atas Sutracom.

“Saya tidak pasti berapa pecahan jumlah wang yang Shahradzi guna untuk membayar hutang lapuk syarikat keluarga dan perbelanjaan operasi serta memberi sumbangan kepada Bersatu.”

Shahrin berkata beliau mengetahui berkait projek Pulau Indah itu susulan pembentangan Bajet 2020 oleh menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, Shahradzi kemudiannya menyediakan surat hasrat ditujukan kepada Muhyiddin untuk memohon kelulusan bagi membolehkan Sutracom menyertai tender prakelayakan bagi projek tersebut.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat, Shahrin berkata, beliau tidak pernah beri kebenaran kepada Shahradzi untuk menyalurkan dana kepada Bersatu.

Shahrin berkata, beliau mahupun abangnya bukanlah ahli mana-mana parti politik, sambil menyatakan beliau sendiri tidak pernah membuat sebarang sumbangan politik.

Ketika pemeriksaan balas oleh K Kumaraendran, Shahrin bersetuju bahawa Muhyiddin tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam syarikat milik keluarganya, selain Sutracom memperoleh projek Pulau Indah itu atas merit sendiri.

Kumaraendran: Adakah anda setuju dengan saya bahawa Muhyiddin tidak pernah minta sebarang sumbangan secara peribadi?

Shahrin: Tiada.

Kumaraendran: Anda kata kepada kami dalam pernyataan saksi anda bahawa abang anda ada memberi sumbangan politik kepada Bersatu?

Shahrin: Betul.

Kumaraendran: Dan beliau buat keputusan itu atas kehendaknya sendiri, tanpa dipengaruhi sesiapa?

Shahrin: Itu adalah keputusannya, dan saya tidak tahu (apa-apa) mengenainya.

Muhyiddin, 78, berdepan tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa, inisiatif kerajaan diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Presiden Bersatu itu didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan meminta rasuah RM225.3 juta bagi parti tersebut daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis, Mamfor Sdn Bhd, dan Azman Yusoff.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Beliau juga berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta yang didakwa diterima daripada Bukhary Equity dan dimasukkan dalam akaun Bersatu, di AmBank dan CIMB Bank.

Kesalahan berkenaan didakwa berlaku di AmBank di Petaling Jaya dan CIMB Bank di Jalan Stesen Sentral, antara 25 Feb 2021 hingga 8 Julai 2022.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Nurdin bersambung esok.
 
Back
Top
Log in Register