BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Cemar reputasi' - Dua ketua bahagian Bersatu dipanggil lembaga disiplin

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

'Cemar reputasi' - Dua ketua bahagian Bersatu dipanggil lembaga disiplin​

97155606a00e8734e3c39c20700b53a7.jpg

697c1105e8fe97cc7f519a18d7b19487.jpg

73212ad1d398505e8e4d5467e85f8e7f.jpg

ddba1d4560f70b0f3ef02377cd3e87c5.png


Lembaga disiplin Bersatu akan memanggil sekurang-kurangnya dua lagi ketua bahagian pada 12 Feb ini, susulan aduan berkaitan dakwaan hubungan mereka dengan kenyataan yang mencemarkan reputasi parti.

Dua pemimpin berkenaan ialah Ketua Bersatu Dungun Abdul Aziz Ismail dan Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat Shafiq Abdul Halim, menurut notis lembaga disiplin yang bocor kepada media.

Notis kepada Abdul Aziz dibuat berdasarkan aduan bertarikh 27 Okt dan 28 Okt tahun lalu yang mendakwa dia terlibat dalam jelajah diketuai bekas ahli majlis tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan di Melaka.

“Responden didakwa telah hadir dan membuat ucapan dalam acara Jelajah Semarak Bersatu yang dianjurkan untuk membantah keputusan-keputusan Lembaga Disiplin.

"Dalam acara yang sama, pelbagai tohmahan dan kenyataan yang berbentuk serangan terhadap pemimpin-pemimpin parti telah dibuat secara terbuka,” menurut notis yang ditandatangani pengerusi lembaga disiplin Bersatu Mohd Radzi Manan.

Sementara itu, Shafiq dipanggil bagi menghadapi dakwaan susulan empat aduan berasingan yang difailkan pada 15 Okt dan 16 Okt tahun lalu, serta pada 31 Jan dan 3 Feb.

Dalam aduan pertama, dia dituduh menyerang ketua penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz secara terbuka dalam sesi media sosial secara langsung ketika mengulas tindakan disiplin sebelum ini.

Wan Saiful dipecat daripada Bersatu pada 14 Okt tahun lalu bersama empat lagi ketua bahagian manakala Wan Ahmad Fayhsal dikenakan penggantungan selama enam tahun.

Aduan keempat terhadap Shafiq pula menyatakan:

“Responden didakwa telah membuat konten media sosial memburukkan parti.

"Responden didakwa menjadi dalang merosakkan imej parti di saluran media utama dan selalu bersiaran langsung di TikTok menghina parti dan pimpinan."

Terdahulu hari ini, dua ahli majlis tertinggi Bersatu — ketua Bersatu Kuala Selangor Harrison Hassan dan ketua Bersatu Kuala Langat Rosnizan Ahmad — secara berasingan menggesa lembaga disiplin parti menyiasat dakwaan terhadap Timbalan Presiden Hamzah Zainudin yang dituduh menyokong tindakan mengkritik Presiden Muhyiddin Yassin.

Kenyataan yang menyasarkan Hamzah itu muncul di tengah-tengah spekulasi usaha dalaman baru untuk mendesak pemecatan ahli parlimen Larut berkenaan melalui satu “petisyen” yang didakwa diedarkan dalam kalangan wakil rakyat dan ketua bahagian parti.

Sumber rapat dengan ketua pembangkang itu mendakwa usaha mengumpul sokongan terhadap tindakan ke atas Hamzah — yang kini berada di luar negara — akan dimuktamadkan dalam satu pertemuan di rumah Muhyiddin pada malam esok.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Muhyiddin menolak dakwaan mengenai petisyen tersebut, dengan seorang sumber menegaskan pertemuan itu merupakan acara tahunan menjelang Ramadan.

Malaysiakini turut melihat salinan jemputan yang ditandatangani Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dan dihantar kepada semua senator serta wakil rakyat parti itu, dengan peringatan bahawa mereka mempunyai “tanggungjawab untuk hadir dan mendengar ucapan Muhyiddin mengenai masa depan dan pelan strategik Bersatu”.

 
Back
Top
Log in Register