BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cebisan mayat di mulut buaya gemparkan penduduk

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
buaya-viral.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan reptilia itu berenang di dalam air sambil menggigit mayat mangsa. - Newsflash

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Simeulue, wilayah Aceh terkejut apabila melihat seekor buaya gergasi sepanjang kira-kira 6 meter muncul ke permukaan sungai dengan cebisan mayat seorang wanita berada pada mulutnya, lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian berlaku di Sungai Luan Boya dekat Kampung Bulu Hadek baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan reptilia itu berenang di permukaan air sambil menggigit cebisan mayat mangsa.

Seorang penduduk dilihat memanjat pokok dan memukul reptilia itu dengan kayu, manakala beberapa lagi hanya mengeluarkan telefon bimbit mereka untuk merakam kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Jusmitawati, 36, dibaham buaya ketika dia dan rakan-rakannya mengutip kerang di sungai tersebut.

Rakan-rakan mangsa bergegas melaporkan kejadian itu kepada penduduk setempat selepas menyedari mangsa tidak menyahut panggilan mereka.

Reptilia itu berjaya ditangkap dan dibunuh kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi kejadian pada keesokan hari.

Mayat mangsa ditemukan di dalam perut reptilia yang dibelah, dengan sebahagian anggota badannya hilang. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register