BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Hilang Nafas Berbau

nonenime

Active Member
Messages
1,638
Joined
Sep 5, 2011
Messages
1,638
Reaction score
25
Points
30
(1) Bersihkan lidah
- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu untuk menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah. Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, yang jika ianya dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.


(2) Mengunyah gula-gula getah
- Air liur adalah merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk meransang penghasilan air liur lebih banyak. Sekiranya anda berasa pelik mengapa pada waktu pagi adalah lebih mudah untuk nafas seseorang berbau, ia adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang tidur.


(3) Menghisap kulit kayu manis
- Kulit kayu manis mengandungi bau sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca untuk masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.


(4) Pastikan mulut sentiasa lembap
- Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria jahat yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia dapat membantu lagi menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, merupakan bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria.


(5) Pemakanan
- Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin menyebabkan masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.


(6) Ubat kumur
- Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria didalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehairi.


(7) Masalah perubatan
- Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihat untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut

ps:coba coba la yer..:D
 
satu lagi ... bykkan zikir ... insyallah
 
chewing gum tu mmg aku spare dlm poket dgn kete.... senang nak hilangkan bau mulut.. :D
 
dulu ada terbaca cium mulut gak dapat membantu.. betul ke? bgn2 pagi dgn mulut bau "harum" cium pasangan tak kena flying kick ke? :))
 
Back
Top
Log in Register