BTC USD 78,086.3 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Hak istimewa Melayu, peribumi makin hilang

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Hak istimewa Melayu, peribumi makin hilang

SAUDARA PENGARANG,

SELAIN isu bahasa Melayu yang seolah-olah semakin dipandang remeh, pelbagai lagi hak berkaitan Melayu atau bumiputera semakin terhakis.

Hak istimewa orang Melayu atau bumiputera banyak dipertikaikan malahan amalan dan cara hidup pun disalah erti. Banyak tanah milik orang Melayu diambil alih atas dasar pembangunan. Tanah dijual beli dengan harga yang rendah.

Malah segelintir rakyat semakin berani menghina institusi raja-raja Melayu. Kaum lain mempertikaikan hak, kuasa dan keistimewaan dan sanggup membawa ke mahkamah. Jika buka Facebook dan Instagram, kita dapat lihat pandangan kaum lain yang jelik terhadap institusi ini.

Apabila bercakap soal kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia menjadi isu kepada kaum lain terutama melibatkan kalimah Allah dan azan. Ada tempat ibadat dipergunakan dan dibaling dengan najis.

Begitu juga ancaman puak Syiah, liberalisasi dan Islam, ajaran sesat serta kemunculan agama yang seakan Islam sehingga rakyat menjadi kebingungan. Ada yang sanggup mengancam hingga mengeluarkan perkataan ‘langkah mayat aku dulu’ untuk menjadikan hukum Islam atau hudud sebagai hukum negara.

Masih ingat bagaimana sikap bangsa asing selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, pelbagai isu disiarkan di media sosial termasuk ibadah puasa, azan dan takbir. Mereka cuba mengapikan isu perkauman. Pelbagai pihak membuat laporan polis tetapi lambat diambil tindakan.

Jika dilihat tanah rizab Melayu dan aset berkaitan Melayu dan bumiputera di bandar sudah pupus sementara di pinggir bandar hampir pupus. Di kampung pula dipergunakan untuk tujuan pembangunan. Penduduk dipindahkan jauh untuk meneruskan hidup.

Bagaimana pula dengan pegangan ekonomi? Hanya 18 peratus sementara 60 peratus adalah pegangan politik tetapi berpecah-belah.

Soal perumahan hangat diperkatakan. Harga kediaman di Lembah Klang, Putrajaya, Johor Bahru dan beberapa bandar lain meningkat antara RM500,000 ke RM 1 juta sebuah. Mana harga mampu miliknya?


Harapan saya agar kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan bumiputera dapat buka mata dalam hal ini. Tanamkan semangat untuk membantu rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum dan darjat.-UTUSAN

GURU KAMPUNGAN
Kampung Selandar, Melaka
 
Hasil keputusan pemerintah dahulu terima bangsa asing jadi rakyat. Sekarang keturunan melayu terpaksa berebut dengan keturunan bangsa asing tersebut.
Sebelum terima dh ada syarat2 mslhnya ada si kontol di kalangan sendiri, jgn salahkan bangsa lain sebab kt jahanam atas tangan2 kt sendiri
 
zaman semakin maju
hak-hak ini cerita kono
nanti u punya cucu tak mo tinggal marikh ke? :ROFLMAO:
 
bila penyatuan kaum xde,itulah jadinya,bila kaum ni lebih sikit dipertikai,xtahu sbb dan sejarah kenapa itu berlaku.lebih memburukkan lagi keadaan bila tiada penyatuan kaum
 
Back
Top
Log in Register