BTC USD 61,751.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara baru menipu dalam ujian

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEMARANG: Kegiatan penipuan di Semarang kini memanfaatkan teknologi canggih kerana dilaporkan 25 peratus peserta yang menduduki ujian kemasukan ke universiti negeri dipercayai menipu menggunakan telefon bimbit.
Ketua Jawatankuasa Ujian Kemasukan ke Universiti, Supriadi Rustad memberitahu Jakarta Post, taktik baru ini terbongkar apabila tiga peserta menggunakan telefon bimbit dan fon kepala ditangkap ketika ujian.


“Peserta mengikut panduan seseorang yang didengari menerusi fon kepala ketika menjawab soalan,” katanya. Rabu lalu, penyelia ujian, Nur Fatehah menangkap seorang lepasan sekolah dari Kalimantan Barat bercakap dengan seseorang menerusi telefon bimbit yang disembunyikan di saku bajunya ketika menjawab soalan. Dia turut menyorokkan fon kepala dalam tudungnya. - Agensi
 
Back
Top
Log in Register