BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara ajar pelumba haram

Setiap 10 km letak sightboard kepala manusia pecah sbb kemalangan, pasti ramai beringat sepanjang masa. Hehe..
 
Sebagai perbandingan, USA penduduk teramai didunia No#3 selepas, China dan India merekodkan kemalangan maut, meragut 25,580 nyawa (year 2012)

Manakala Malaysia yang penduduk teramai didunia No#42 merekodkan kematian seramai 6,872 orang (2010)
 
Sebagai perbandingan, USA penduduk teramai didunia No#3 selepas, China dan India merekodkan kemalangan maut, meragut 25,580 nyawa (year 2012)

Manakala Malaysia yang penduduk teramai didunia No#42 merekodkan kematian seramai 6,872 orang (2010)

perbandingannya..Malaysia lagi ramai kematian ikut nisbah penduduk...:(
 
Ade AES pun x laku sbb depa org kaye kaye.. AES di malaysia ni untuk org miskin2 je.. Klu org kaya bwk kete ratus2 riban pun celah2 lubang hidung je..
 
nak bawak slow takde hal... tapi kena pandai2 la duk lane kiri...
aku paling hangin orang bawak slow duk lane kanan...
dan aku jugak hangin orang yang bawak bapak laju di lane kiri...
orang nak keluar simpang pun terkejut beruk...........

yg ni patut diberi perhatian, sangat mudah dan amat besar ertinya.

..... dan pada aku kalau jalan satu lane, cubalah usahakan agar tak terlalu perlahan, kaw 90km/j cubalah bawak paling tidak 80km/j. ( dah tentu bergantung pada keadaan )
 
Mayat pelumba haram dibiarkan terkangkang ditengah jalan.

Mayat+Pelumba+Haram+Mewah+Yang+Maut+Terbiar+Tanpa+di+Tutup.jpg
Mayat seorang lelaki, Tao Lung, di China yang terkorban ketika berlumba di jalan raya, telah dibiarkan di atas jalan tanpa ditutup oleh polis, sebagai ingatan kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.

Menurut info, mayat berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditutup dan menjadi tontonan orang ramai di situ termasuk kanak-kanak.

Setelah pihak polis menyelesaikan siasatan, barulah mereka menarik kenderaan yang remuk itu sebelum memasukkan mayat Lung yang tidak bertutup itu ke dalam van.

Lung, 28, maut selepas tercampak daripada kereta jaguar F bernilai kira-kira RM400,000 yang dipandunya. Kenderaan itu telah merempuh pokok ketika cuba memotong sebuah kereta lain.

Selepas tercampak keluar, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang turut terlibat dalam perlumbaan berkenaan. Kenderaan terbabit memecut melebihi 150 mph di kawasan kediaman.

Menurut penduduk di situ, mereka sudah bosan dengan kegiatan lumba kereta dan telah membuat laporan kepada polis dengan amaran pasti akan berlaku juga kemalangan di situ.

“Namun polis enggan mengatasi masalah ini kerana mereka yang terlibat adalah orang kaya,’’ kata salah seorang penduduk.

China mencatatkan kematian kira-kira 220,000 orang setiap tahun akibat kemalangan jalan raya dan jumlah tersebut menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah mereka yang terkorban akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

Lumba kereta di jalan-jalan utama di China kini menjadi satu trend terutama di kalangan golongan belia. Kebanyakan yang terlibat hanya mahukan penghormatan dan prestij, berbanding wang ringgit.

Malah terdapat kelab-kelab yang menganjurkan pertandingan itu dengan melibatkan hanya kereta mewah sahaja.-agensi.
 
kalo kt m'sia mesti rmi yg tlong
 
Back
Top
Log in Register