BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara ajar pelumba haram

akuehebat

Super Active Member
gem
Messages
9,377
Joined
Jan 12, 2012
Messages
9,377
Reaction score
1,143
Points
141
Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.

Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.


Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.

Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.


MAYAT Lung dibiarkan di tepi jalan.


Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.


Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.

Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.

Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya.

Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.

Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.

Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP
 
Perangai mcmnie diorg bawa sekali masuk malaysia......ermmmmmm.....kdg2 jln kecik,ramai org pn diorg hentam nk tekan pedal minyak smpi habis...mmg mengarut.....
 
gambar

http://www.mirror.co.uk/news/world-news/dead-body-boy-racer-tao-2458052

%C2%A3%C2%A3%C2%A3-The-speeding-white-Jaguar-2458077.jpg


The-speeding-white-Jaguar-2458080.jpg


The-speeding-white-Jaguar-2458081.jpg
 
That's why pemandu paling bang.sat di Malaysia ialah pemandu dr Penang(Pulau)...
 
patut kat malaysia ni, mat2 rempit dgn kaki lumba kete atas jalanraya ni dihukum bekerja di bilik mayat selama bertahun, biar depa tu urus sendiri mayat,nak2 yang mati eksiden, gali kubur,,baru boleh insaf..
 
wow...mcm2 cara nk beri pengajaran n peringatan ni...
 
selain keta laju, keta yg bawak terlalu slow pun leh jd penyebab kemalangan kat org lain. heran aku tgk ada keta bwk 40/50 kmj kat tpt halaju 90 kmj
 
Laju2 last menyusahkan diri sendiri dan orang ramai
 
Back
Top
Log in Register