BTC USD 83,047.9 Gold USD 4,182.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

camner nk tanam uri

cara nak tanam senang ja sebatang cangkul + kain kosong balut dan tanam yg petua 2 lain bubuh kunyit ke apa ke tak payah ikut mengarut saja
 
Pengalaman den basuh dan tanam uri takde le seram seram ke...biaso ajo. Pada den lebih baik ayah sendiri uruskan dari upah orang. Kalau tugasan pertama pun kita dah mula pas-pas kat orang camne kita nak tunjukkan yang kita benar-benar ayang yang akan melindungi...

Basuh sehingga bersih (tiada darah). Seeloknya dengan asam & garam supaya hilang bau. Tujuan untuk elak dari uri digali dek binatang. Kalau sekarang ni anjing la. Kalau orang dolu-dolu mungkin rimau atau **** kot..seeloknya bungkus dengan baik dan penuh kasih...tak perlu la letak pen ke, pensil ke, kalkulator ke. Orang dolu letak benang & jarum untuk elak ancaman ilmu hitam. Sobab kalau bersalin jo penanggal dah ready kat rumah orang bersalin tu...la ni ilmu camtu dah hampir pupus.

Baca la selawat dan doa. Asalkan jangan amalkan apa-apa yang boleh jadi khurafat dan menjejaskan akidah.

ps: den balaja dri orang tuo den. tanggungjawab pertama seorang ayah.
 
den pun kena belajar gak tanam uri nie...
 
bgs nie..bleh jd panduan wlupn aku x kawin lg...hehehe..
 
uri tu macam sahabat baik bayi kita waktu dalam perut..
seeloknya bersihkan dulu, buang semua darah yang ada dan balut dengan kain sebelum tanam.. kalau nak tanam tu eloklah ditempat yang selamat.. maksud tempat selamat ni tempat yang selamat dari binatang liar..
ia untuk mengelak dari diratah anjing..
simple kan?

takyah la sampai pakai jarum la, tanam belakang rumah ke depan rumah ke
 
Aku dapat dari email sorang rakan..
Maybe boleh dikongsi disini

HIDUPNYA HINDU MATINYA PUN HINDU

Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.

Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu. Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.

Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.

Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah. Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: 'Biar mati anak, jangan mati adat'. Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: 'Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai.' Oleh kerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua, bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud:

'Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang Islam.'

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam, daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu. Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

'Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu.'

Dalam riwayat yang lain:

'............... .dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya) ..'

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau dibuang atau diubah.

Semuga bermanfaat.

Wassalam
 
Salam..
yup sokong sgt..
jgn lupa ambil uri tu dari klinik @hospital klau tak depa jual..
pasal stem cell xtau la apa hukumnya.. maybe klau penyelidikan dah cukup.. majlis fatwa dah puas hati ianya harus.. tapi klau xsilap dia ambil sikit jer.. just cell's .. so yg selebihnya kena tanam juga.. dan yg penting jgn ikut perkara khurafat..
yang perlu diperkasakan lagi 7hari lepas kelahiran
make sure kena buat - hadis kata utk menebus anak kita..

1. cukur rambut- bukan jambul je
2. timbang rambut tu dan nisbahkan dengan emas.. sedekah kepada fakir miskin..
3. aqiqahkan.. klau xmampu xpayah.. khusus utk hari ke 7, 14,21 je klau yang lain xder nas nyer.. so membazir jer..
4. mengistiharkan nama- beri nama yang baik2. jgn nama artis plak..:P

yg lain tolong sambung.. :)

sekadar pandangan..
-TQ
 
neh doktor ajar masa aku keje kat umah bersalin dulu:
cuci bersih2 darah2 semua, kalau nak ilangkan bau hanyir letak limau..

neh mak ngah aku ajar:
pas cuci bersih2, balut ngan kain putih (mcm nak kapankan org ler kengkonon), kalau bidan yang uruskan ada la menda2 dibaca..kalau buat sendiri memadai ngan fatihah 3x, selawat 7x..pastue tanam le mcm biasa.

mak ngah aku ckp, pas masuk dalam kain putih, masukkan dalam tempurung kelapa berlubang, sebabnyer takmoh bagi berselerak menda tue, sebab kan menda tue ala2 lembik mcm jelly gitew..

tempurung berlubang supaya air2 yang terperangkap boleh meresap ke tanah..

mak ngah cakap gak, tanak uri sekali ngan pensil le pen le, supaya rajin belajar, pandai..tapi tak tau le kebenarannyer..

anak angkat aku dulu, aku tak buat pun, sebab mak mertua tak jadi aku yang uruskan semuanyer..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register