Apa Punca Sebenar Orang Gagal Buat Duit Di Internet?
aishhh..laling....dah ckp happy blogging neh...dah abeh tips ke? heh
thread neh mendapat sokongan padu dari sy nehh!!

paid

paid

Banyak actually yg nak dikongsi disini..Tapi masa agak terbatas..Baiklah harini nak kongsi pendapat Mael dia ni laling jangka akan jadi celebrity blogger..
Apa Punca Sebenar Orang Gagal Buat Duit Di Internet?
Atau dimana-mana sekalipun. Setiap hari, aku terima e-mail bertanyakan bagaimana mahu buat duit di’internet. Ramai antara mereka yang kata mereka sudah cuba 1000 macam cara untuk buat duit, tetapi masih gagal.
Tahu apa punca sebenar orang gagal buat duit, di’internet terutamanya? Satu sahaja, semua usaha yang ada di’tumpukan untuk BUAT DUIT, bukan CIPTA NILAI yang boleh menghasilkan duit.
Corak menumpukan usaha kepada buat duit ini sama coraknya dengan mereka yang ada dalam MLM, Skim Cepat Kaya, dan lain-lain. Semua itu tumpuan’nya hanya duit. Di’mana nilai dalam kerja mereka? Tiada.
Sebagai satu formula khusus, orang yang memberikan tumpuan untuk buat duit akhirnya akan menjerat diri sendiri, atau lebih teruk orang lain (MLM, Skim Cepat Kaya) kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya NILAI yang boleh mereka ganti dengan wang ringgit.
Penulis Blog, Nilai Kandungan & Lambakan Iklan
Ramai hari ini mula menulis blog dengan harapan dapat menjana pendapatan (jika tidak banyak, sedikit pun jadi), tetapi tidak tahu bagaimana untuk cipta nilai supaya duit itu akan datang sendiri kemudian.
Hari ini, dek kerana semakin berlambak blog yang wujud, aku semakin kurang nampak blog yang betul-betul memberikan nilai untuk aku baca buat kali kedua atau mengharapkan tulisan baru. Lebih teruk, aku hanya akan datang sekali sahaja. Sebab apa? Sebab aku tidak dapat apa-apa dari kunjungan pertama.
Tiada nilai dalam penulisan atau kandungan yang ada akan membuatkan orang seperti aku tidak akan kembali. Dan, kau tertanya, kenapa blog kau tiada peningkatan trafik.
Kebanyakkan blog hari ini muncul akan di’plaster dengan ads dari Nuffnang mahupun Advertlets. Belum lagi segala macam affiliate banner & program jana wang scam yang lain. Dengan harapan akan ada orang datang, klik iklan yang ada & kau terima duit. Tidak semudah itu kawan.
Tulis Blog Seperti Seorang Profesional
Sebagai jalan lain, apa kata penulis blog sekalian cuba tumpukan usaha, masa & tenaga untuk mencipta NILAI & sampaikan kepada orang ramai. Cari satu jalan untuk berikan orang ramai apa yang mereka mahu/perlukan.
Ambil blog ini atau OHBULAN! sebagai contoh; aku boleh letakkan pelbagai jenis banner di’keseluruhan atas muka surat dan buat duit dengan banyak (serius) seperti mana pesaing terdekat.
Tetapi, tindakan sebegitu akan menghilangkan nilai, kredibiliti & profesionalisme seorang penulis blog. Bukan itu sahaja, setiap hari akan ada orang rasa terganggu & tidak akan kembali kerana blog itu penuh dengan iklan.
Aku tidak tahu apa nilai yang aku sampaikan di OHBULAN! dan blog ini, tetapi apa yang aku tulis & cover adalah sesuatu yang orang cari & perlukan.
Jika hari ini kau masih tertanya-tanya kenapa kau gagal buat duit di’internet, tanya kembali kepada diri sendiri, aku kerah tenaga & luangkan masa untuk buat duit atau cipta nilai?
well said apa mael kata ni betul..Azrai perlu tunggu beberapa tahun jer lagi. tunggu fasa internet seterusnya. ko akan tgk berapa byk web/blog sampah ini mati.
Mati di sebabkan betapa bijak nya internet selepas ini. dah tgk Google SearchWiki. Tunggu sahaja bila dah jadi sebahagian daripada algorithm google. hari hari aku bersihkan result google tu