BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cameron Highlands makin parah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_03.1.jpg

Muhyiddin meninjau kerja-kerja melancarkan aliran sungai Bertam semasa mengadakan pemeriksaan mengejut ke Cameron Highlands, Pahang semalam.

CAMERON HIGHLANDS – Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa dukacita dengan pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands yang terus berlaku meskipun operasi penguatkuasaan giat dijalankan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih membimbangkan lagi apabila pihak berkenaan begitu berani sehingga mencabar pihak berkuasa dan jika keadaan ini berterusan, beliau tidak pasti sehingga bila keadaan tanah yang masih ada di Cameron Highlands boleh bertahan.

“Saya agak dukacita... walaupun sudah tahu berkenaan pencerobohan ini tetapi apabila melihat secara dekat, hampir sebahagian kawasan yang ditutup plastik merupakan kawasan pertanian yang diceroboh dan pencerobohan berlaku semasa proses penguatkuasaan terhadap penceroboh sedang berjalan.

“Sudah dua hari saya berada di sini dan dapat lihat Cameron Highlands sudah parah dan jika tidak ada satu tindakan tegas dan berkesan diambil, saya tak tahu berapa lama lagi kawaasan ini boleh bertahan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke Cameron Highlands untuk melihat perkembangan terkini usaha baik pulih dan pemantauan pihak berkuasa berikutan insiden banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan peranginan itu pada November tahun lepas.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/hati-hati-ketika-beli-ikan-keli-1.356499
 
kosmo pun mengejut juga datang nya..
 
Mengejut terkejut pon masuk paper gak kira orait la
 
dah tu...apa tindakan TPM selepas ini..
kenapa masih berlaku pencerobohan setelah operasi dijalankan..
di mana kesilapan berlaku..
diam mcm tu jer ke...
atau jadi bangau or bangau ajer ....

dari awal lagi nmpk dah x betul.
berlaku penceroboh tanah..PATI yang ditahan..
smua salah PATI..
tangkap dan dakwa PATI
tp tauke PATI.....????
PATI tu wat kerja x ada tauke ke....
 
Menteri, tapi mengeluh mcm dia rakyat biasa yg xde kuasa. Alahai..
 
Benda dah lama berlaku bukannya semalam.baru hair ni nak kecoh
 
dah gagal tp buat selamba jer masih dok kat kerusi empuk..
 
Back
Top
Log in Register