BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Calon Baharu BN, GRS Di Papar Guna Strategi Kempen Rumah Ke Rumah Pikat Pengundi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8d3ab63b1eee387ccc8a5c21cf651fa2692056388e33e

ca895f4c5f0287075045c3f711340a0f6920568347457

c02099b9d1d6801ad8a811cef8581fb7692056b7470d7

acc01a02af7111e669acad98b30089ae692056e994129

Calon BN N.28 Kawang, Datuk Jamal Norubit berkempen dari rumah ke rumah sempena Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 di Kampung Langsat hari ini.

Dua calon muka baharu Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang dan Pantai Manis meneruskan pendekatan kempen mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan berkunjung dari rumah ke rumah sebagai strategi utama memikat hati pengundi.

Meskipun dilihat konvensional dalam era digital pada masa ini, kedua-dua calon menyifatkan kaedah itu membolehkan mereka beramah mesra secara langsung dengan pengundi, selain menjadi ruang mendengar segala keluhan dan pandangan mengenai isu setempat di setiap kampung.

Calon BN DUN Kawang Datuk Jamal Norubit berkata kaedah itu mempunyai sentuhan peribadi sekali gus memberi peluang untuk beliau mendapat maklum balas berhubung permasalahan dihadapi masyarakat di setiap kampung di kawasan itu.

"Ziarah rumah ke rumah lebih dapat sentuhan. Yang paling penting, saya dapat menyentuh hati para pengundi. Kita juga lebih dekat dengan mereka. Satu rumah kadang-kadang ada sampai enam hingga tujuh penghuni.

"Selain itu, saya juga mendapat maklum balas mengenai masalah di setiap kampung. Lain kampung, lain masalahnya," katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan rumah ke rumah di Kampung Langsat dan Kampung Sabok, dekat Kinarut, hari ini.

Kaedah sama turut dipraktikkan oleh calon GRS DUN Pantai Manis Datuk Pengiran Saifudin Pengiran Tahir yang melihat strategi terbabit masih relevan pada masa ini kerana menjadi pelengkap kepada kempen menerusi media sosial.

"Alhamdulillah, kempen telah berjalan selama seminggu. Pendekatan kita ialah ziarah rumah ke rumah mendekati rakyat. Ini penting, selain ceramah.

"Ini satu daripada cara untuk saya perkenalkan diri selain melalui media sosial," katanya sambil menambah ia juga ruang terbaik untuk menyampaikan mesej mengenai pembangunan serta manifesto parti diwakilinya dengan lebih jelas dan berkesan.

 
Back
Top
Log in Register