BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabar Azizah pecat Fareez

fxjaybee.co

Active Member
Messages
1,074
Joined
Oct 5, 2010
Messages
1,074
Reaction score
44
Points
30
KUALA LUMPUR 19 Mac - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dicabar memecat Mohd. Fareez Kamal Intidzam berikutan kandungan surat yang dibangkitkan oleh Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang itu telah memburukkan parti.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, kegagalan Wan Azizah memecat Mohd. Fareez boleh mengundang pelbagai tanggapan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya ingin bertanya adakah ini merupakan sandiwara terbaharu PKR atau ada sesuatu yang tidak kena? Apa maksud hubungan rapat Mohd. Fareez dan Anwar sehingga Wan Azizah cemburu?

"Pastinya pembangkang juga mahu melihat sandiwara ini segera ditamatkan oleh Wan Azizah. Dia tidak seharusnya terus mendiamkan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mohd. Fareez yang merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dipetik sebagai berkata, Wan Azizah tidak layak memimpin PKR kerana beliau sendiri tidak boleh bertanding kerusi Parlimen.

Beliau yang rapat dengan Anwar telah membuat laporan polis kerana mendakwa dia dan ahli keluarganya telah diancam selepas pendedahan sepucuk surat bertarikh 3 Mac lalu yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam surat itu, beliau menyatakan hanya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali layak memimpin parti demi kecemerlangan pakatan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. - UTUSAN
 
Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, kegagalan Wan Azizah memecat Mohd. Fareez boleh mengundang pelbagai tanggapan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang yang kempen burukkan Anwar, suddenly issue statement as if he cares about Anwar...

Munafik oh munafik.
 
suka sangat jaga rumah orang.. patutler rakyat makin menjauhi
 
jangan dilayan sangat...tak habis2 nak jadi batu api..:(scam
 
lepas satu satu
x habis nak memburukkan
udah2 la tu
 
kahkahkah..amik berat jugak ngan anwar ker?..nampak mengarut...kahkahkah
 
cemburu pun nak report polis ke..
bo"o punya statement
 
Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim = TIBAI ??

cantik punya acronym.. kreatif tapi x jadi apa gak..
 
Back
Top
Log in Register