BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CAAM Pelawa Orang Ramai, Industri Beri Maklum Balas Bagi Rangka Kerja Ekonomi Altitud Rendah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,163
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,163
Reaction score
346
Points
141

CAAM Pelawa Orang Ramai, Industri Beri Maklum Balas Bagi Rangka Kerja Ekonomi Altitud Rendah​

428529475996eacbabc889f07549202d6a71b25acaaf5


Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mempelawa pemain industri, agensi kerajaan, ahli akademik dan orang ramai mengemukakan maklum balas mengenai cadangan rangka kerja kebangsaan yang akan menetapkan Ekonomi Altitud Rendah (LAE) negara, selewat-lewatnya pada 2 Sept ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata cadangan Rangka Kerja LAE itu bertujuan menyediakan hala tuju strategik jangka panjang bagi membangunkan ekosistem penerbangan altitud rendah yang selamat, terjamin, mampan dan berdaya maju dari segi komersial.

Beliau berkata kerangka itu menyasarkan untuk memanfaatkan potensi teknologi baharu, termasuk Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS), Mobiliti Udara Termaju (AAM), kecerdasan buatan (AI), sistem autonomi serta kesalinghubungan digital.

“Langkah itu juga bertujuan mentransformasikan penyampaian perkhidmatan merentas sektor seperti logistik, pertanian, pemeriksaan infrastruktur, tindak balas kecemasan dan pemantauan alam sekitar di samping mengorak laluan bagi mobiliti penumpang masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata sesi konsultasi awam itu merupakan satu langkah penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia untuk membangunkan LAE melalui sebuah rangka kerja nasional yang terselaras dan boleh dilaksanakan.

“Malaysia mempunyai keupayaan industri, bakat serta asas teknologi kukuh untuk membangunkan LAE berdaya saing. Namun, kejayaannya bergantung kepada hala tuju jelas serta penyelarasan kukuh antara pengawal selia, agensi kerajaan, industri, akademia, pembangun teknologi, pelabur dan masyarakat umum,” katanya.

Norazman berkata menerusi rundingan itu, pihak berkepentingan berpeluang untuk membantu membentuk rangka kerja yang menyokong inovasi dan pertumbuhan komersial di samping memastikan keselamatan dan keterjaminan penerbangan serta keyakinan awam kekal sebagai teras pembangunannya.

Katanya cadangan kerangka itu dibangunkan susulan maklum balas dikumpulkan semasa Forum LAE Malaysia 2026 yang diadakan pada 24 Jun, selain bertujuan melengkapi Rancangan Malaysia Ke-13, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 dan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030.

"Rangka kerja ini akan memperincikan definisi dan skop LAE, visi, misi dan prinsip panduan serta empat tonggak strategik: Pesawat Selamat, Operasi Selamat, Infrastruktur Berhubung dan Industri Berkembang Maju. Ini disokong oleh asas penggerak utama dan hala tuju pelaksanaan berperingkat untuk pembangunan ekosistem LAE Malaysia," katanya.

 
Back
Top
Log in Register