BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Business model terbaik

Cuba try buat servis cuci kereta.

Cari tempat yang banyak burung melepak, mesti banyak kereta kena tahi burung. Owner kereta mesti nak cuci bersih tahi burung tu. :D
 
Buat ebay, amazon jek. Cukup setahun dah pro, buleh pegi haji balek hari.
 
1. biz yang running tanpa ada kita atau penjaga untuk run biz setiap hari: mesin/sistem/etc. (passive income)

2. biz yang running mesti ada kita atau penjaga untuk run setiap hari: kiosk/stall/online.

pendapat den, yang makan gaji, jangan terus bidan terjun, zaman le ni bukan macam dulu2..
jangan buat loan (lebih berkat pakai duit gaji titik peluh tanpa mengular tanpa menganiaya orang, lebih tahan lama biz)..
kalau cukup2 makan ja gaji, cut down lagi perbelanjaan, bab merokok/internet/minyak kereta, catu makan kalau bujang....

grabcar (modal sangat minima) hot waktu rush hour balik kerja, kalau kereta sesuai, buat.. tanya kawan2 grabcar dalam CG, berapa dorang dapat collect sales bersih waktu malam sahaja..

sambil grabcar, boleh selit join servis part time runner belah malam (modal sangat minima)..
satu malam dapat bersih rm50-100, sebulan dah rm1500-rm3k.
rinse repeat setahun, dapat dah modal minimum untuk passive income..

passive income untuk cover commitment bulanan untuk ganti gaji bulanan (kalau kita benti kerja)..

then cari lagi sikit modal untuk biz untuk expand biz passive income atau biz yang kita running sendiri..

kumpul modal setahun dua lagi selamat dari benti kerja buat loan bayar setahun dua..

dalam setahun dua menunggu ni, bergaul dengan kawan2 yang betul2 berniaga segala jenis bidang, perhati cara hidup, cara niaga, etc.. asalkan bukan skim yang meleburkan duit kita..
jangan percaya dato datosri dr yang boleh bagi kita biz, penyangak semua..
jangan cerita kat orang kita ada saving puluh ribu, biz apa nak buat? jangan, penyangak semua sekeliling kita..
kawan biar sorang dua sahaja yang tolong senang susah..

good luck bro..
 
Back
Top
Log in Register