hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,374
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,374
- Reaction score
- 1,348
- Points
- 201
Rakam kereta dipandu lawan arus: Polis minta pemilik rakaman tampil
Sungai Buloh: Pemilik rakaman kamera papan pemuka yang tular memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus berhampiran Elmina Business Park, di sini baru-baru ini diminta tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya mengesan video tular itu hari ini selepas dikongsikan seorang pengguna di media sosial X.
"Video itu dimuatnaik di X memaparkan sebuah kereta memandu secara melawan arus.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku 11.10 malam kelmarin di Jalan Kuala Selangor berhampiran Elmina Business Park dari arah Sungai Buloh menghala Kuala Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 namun tiada laporan dibuat berhubung kejadian itu setakat ini.
Katanya, pemilik rakaman kamera papan pemuka atau saksi kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.
"Saksi kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03 61561222.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fahmi Shamsuddin di talian 0143667353," katanya.