BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Kari ayam Malaysia dinobatkan stew terbaik dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
6080381245738566166_121.jpg


Kari ayam Malaysia dinobatkan stew terbaik dunia



Dalam satu hantaran di Facebook, TasteAtlas mengucapkan tahniah kepada pemenang dengan kapsyen, "Tahniah! 50 Stew Terbaik, Kedudukan TasteAtlas (APR 2025)."

Kari Ayam menduduki tempat pertama, diikuti Kari Phanaeng dari Thailand dan Dzhash dari Armenia, manakala Murgh Makhani dari India dan Kalle Pache dari Iran melengkapkan lima tangga teratas.

TasteAtlas dalam laman sesawangnya menyatakan bahawa penarafan makanan dibuat berdasarkan pendapat komuniti globalnya, selain kualiti dan keaslian sesuatu hidangan tradisional.

Antara stew lain dalam 10 tempat teratas termasuk Rendang dari Indonesia (keenam), Keema dari India (kelapan), dan Hünkar Begendi dari Turkiye (kesembilan), mencerminkan pengaruh kuat masakan Asia.

Senarai itu turut menampilkan beberapa hidangan lain dari rantau ini seperti Kari Massaman dari Thailand (ketujuh), Kari Hijau (ke-26), dan Bo Kho dari Vietnam (ke-36).

Menurut platform itu, lebih 10,000 item makanan dan minuman dikatalogkan setakat ini, dengan ribuan lagi sedang dalam kajian dan pemetaan, termasuk pelbagai kepakaran tempatan yang jarang dikenali atau hampir dilupakan.

TasteAtlas berusaha mendokumentasikan warisan kulinari dari seluruh dunia, termasuk dari bandar raya, wilayah dan kawasan luar bandar.

Senarai penuh stew terbaik dunia boleh diakses di www.tasteatlas.com/best-rated-stews-in-the-world.


Artikel ➡️ BERNAMA
 
Ni kari ayam melayu ke kari ayam mamak atau kari ayam cina...?
Nanti mat saleh dtg malaysia cari kari ayam kat mamak pulak...
 
Aku x tau la org lain..tp aku panggil gulai..gulai ikan..gulai ayam..no 10 tu indo ada gulai..gulai apa x tau la..
 
Dalam top 50 tu ada 5 menu dari Thai.
Kesemua 5 menu Thai tu ialah curry.
Sedap ke kari dari Thai?
sepanjang dok ride g thailand x pernah plop try kari diaorg..
dok layan tomye, kheng som... tomsak jaa haha..semua nih base rasa dia masam.
inshallah weekend nih ride ke phuket.. ada satu kedai
org dok bgtau massaman kari dia padu..
kalu jumpa kedai tu bleh try..
 
sepanjang dok ride g thailand x pernah plop try kari diaorg..
dok layan tomye, kheng som... tomsak jaa haha..semua nih base rasa dia masam.
inshallah weekend nih ride ke phuket.. ada satu kedai
org dok bgtau massaman kari dia padu..
kalu jumpa kedai tu bleh try..
Ambil gambar dan share kat sini tuan.
Nanti tuan boleh komen.
Ada orang kata kari Thai ni bukan umum semua untuk ayam, daging dan ikan.
Kari ni memang sedap guna ayam, kari tu sedap dengan daging.
 
Panas montot jiran tetangga kita. Nnt ada yg tak puas hati... 🤭
 
Back
Top
Log in Register