BTC USD 83,986.1 Gold USD 4,292.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bursa Malaysia news

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 172 berbalas 107, manakala 235 kaunter tidak berubah, 1,779 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

 
Bursa Malaysia Terus Meningkat Empat Hari Berturut-Turut

25.07.2023 - Bursa Malaysia meneruskan kenaikannya untuk hari dagangan keempat berturut-turut pada Selasa, sejajar dengan kebanyakan indeks serantau utama dan pembelian berterusan terutamanya pada saham perbankan dan berkaitan komoditi, kata seorang penganalisis. Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.85 peratus atau 12.10 mata kepada 1,436.79 daripada 1,424.69 pada penutup semalam. Indeks pandu pasaran itu dibuka tinggi 1.07 mata lebih tinggi kepada 1,425.76 pagi ini sebelum bergerak antara 1,425.76 dan 1,437.81 sepanjang hari.

Jumlah dagangan berjumlah 3.72 bilion unit bernilai RM2.31 bilion. Dalam empat hari dagangan terakhir, FBM KLCI memperoleh 33.76 mata. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI telah menembusi empat paras rintangan (1,390, 1400, 1,415 dan 1,430) sejak 7 Julai 2023, hasil pembelian sokongan daripada dana asing.

“Kami percaya suasana pasaran tempatan akan kekal stabil berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik dan indeks untuk kekal positif pada masa hadapan walaupun kami tidak menolak kemungkinan aktiviti pengambilan untung tidak lama lagi. Dalam pada itu, terdapat kenaikan harga minyak mentah berikutan petunjuk pengurangan bekalan dan jaminan daripada pihak berkuasa China untuk meningkatkan ekonomi mereka," katanya kepada Bernama.

Selain itu, Thong memetik laporan semalam bahawa Petronas Carigali telah mengumumkan enam penemuan penting minyak dan gas di luar pantai Sarawak. Berikutan penemuan ini dan lonjakan harga minyak mentah, beliau percaya ini akan memberikan peluang jangka pendek untuk sektor minyak dan gas.

"Kami meningkatkan sasaran FBM KLCI mingguan kami daripada 1,415-1,430 kepada 1,430-1,450 dengan paras rintangan serta-merta pada 1,445 manakala paras sokongan pada 1,400," kata Thong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM8.98, Public Bank menokok tujuh sen kepada RM4.05, CIMB meningkat lapan sen kepada RM5.43, TNB naik satu sen kepada RM9.47 dan Petronas Chemicals melonjak 26 sen kepada RM6.76. Antara kaunter aktif, Classita Holdings turun 2.5 sen kepada 12.5 sen, Hong Seng Consolidated meningkat satu sen kepada 9.5 sen, syarikat yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE MYMBN menokok enam sen kepada 27 sen, UEM Sunrise meningkat empat sen kepada 47.5 sen, manakala AT Systematization tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 83.48 mata kepada 10,590.56, Indeks FBMT 100 meningkat 80.68 mata kepada 10,276.57, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 64.44 mata kepada 10,875.32, Indeks FBM 70 naik 85.16 kepada 13,984.26, dan Indeks FBM ACE memperoleh 1.81 mata kepada 5,321.67. Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 182.34 mata kepada 16,004.63, Indeks Perladangan meningkat 62.71 mata kepada 7,198.02, Indeks Tenaga meningkat 6.59 mata kepada 830.20, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 3.42 mata kepada 166.30.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.53 bilion unit bernilai RM2.02 bilion daripada 2.32 bilion unit bernilai RM1.53 bilion pada Isnin. Jumlah dagangan waran berkembang kepada 498.07 juta unit bernilai RM75.70 juta berbanding 462.79 juta unit bernilai RM63.61 juta sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 694.15 juta saham bernilai RM220.44 juta berbanding 512.28 juta saham bernilai RM189.02 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 702.19 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (477.57 juta); pembinaan (109.71 juta); teknologi (290.99 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (119.30 juta); hartanah (374.39 juta); perladangan (70.44 juta); REIT (13.73 juta), dana tertutup (39,700); tenaga (185.14 juta); penjagaan kesihatan (61.16 juta); telekomunikasi dan media (24.51 juta); pengangkutan dan logistik (24.13 juta); dan utiliti (74.11 juta).
1690283769498.png
 
Bursa Malaysia Di Buka Rendah, Namun Kemudian Melantun Semula

27.07.2023 - Bursa Malaysia dibuka rendah namun kembali meningkat tidak lama kemudiannya, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan sentimen bercampur-campur semalaman di Wall Street Amerika Syarikat (AS). Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.02 mata kepada 1,455.31 daripada 1,449.29 sewaktu ditutup semalam. Indeks utama dibuka rendah 1.63 mata kepada 1,447.66.Sentimen pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 253 berbanding 187, manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,558 tidak diniagakan dan 31 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 445.04 juta unit bernilai RM178.50 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI meningkat hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan, disokong oleh pembelian berterusan daripada dana asing.

“Walaupun pasaran dijangka mengalami pembetulan kecil untuk menilai peningkatan sebanyak 70 mata sejak awal Julai, kami berpandangan bahawa indeks itu dalam keadaan yang kukuh untuk meraih paras tertinggi berikutnya. Untuk hari ini, kita mungkin melihat sedikit pembetulan sekali-sekala, sekali gus meramalkan indeks berkenaan akan bergerak dalam jajaran 1,445-1,455,” katanya kepada Bernama.
1690435152862.png
 
TERKINI ❗Bursa Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasarannya menyenaraikan 39 IPO dengan permodalan pasaran RM10 bilion tahun ini - Ketua Pegawai Eksekutif

❗Bursa Malaysia sasar 7 penyenaraian IPO di Pasaran Utama, 2 di Pasaran Leap dan 14 di Pasaran ACE pada Separuh Kedua 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhamad Umar Swift
 
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.58 mata kepada 1,459.45 daripada 1,462.03 pada penutup semalam.

 
Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.18 mata kepada 1,456.85 daripada 1,462.03 pada penutup Selasa.

 
Pada jam 9.31 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.82 mata kepada 1,455.34 daripada 1,457.16 pada penutup Jumaat.

 
KUALA LUMPUR: Pelabur asing meneruskan belian mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, membeli saham bernilai RM465.5 juta pada minggu lalu, menurut MIDF Research.

Dalam Laporan Aliran Dana untuk minggu berakhir 11 Ogos, firma penyelidikan itu berkata pelabur asing membuat belian bersih setiap hari, yang kali terakhir dibuat adalah pada minggu berakhir 24 Februari 2023.


"Mereka membeli bersih RM800,000 pada Isnin, RM84.5 juta pada Selasa, RM209.7 juta pada Rabu, RM66.3 juta pada Khamis dan RM104.2 juta pada Jumaat.

"Tiga sektor utama yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (RM274.3 juta), teknologi (RM66 juta) dan perladangan (RM65 juta)," katanya.
 
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 11.42 mata kepada 1,440.11 daripada 1,451.53 sewaktu ditutup pada Selasa.

 
Back
Top
Log in Register