BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bursa Malaysia Tingkat Sasaran Keuntungan 2024 Kepada Rm361 Juta Hingga Rm379 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
cf4fd9f3fedc678be12c04658f37bfd566a8d463c6e49


Bursa Malaysia Bhd mengemas kini sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk tahun kewangan 2024 (TK2024) daripada RM293 juta hingga RM323 juta kepada RM361 juta hingga RM379 juta.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata bursa terus menarik pelaburan ke dalam pasaran modal dan menjangkakan prestasi korporat yang lebih baik bagi tahun ini berbanding 2023.

“Kami menyaksikan aliran masuk yang kukuh daripada pelabur domestik dan asing. Berdasarkan prestasi semasa dan momentum yang dijangka pada separuh kedua 2024, kami telah menyemak sasaran PBT kami,” katanya semasa Taklimat Media mengenai Keputusan Kewangan Separuh Pertama Bursa Malaysia 2024 hari ini.

Bursa tersebut optimis untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.

Abdul Wahid berkata Bursa Malaysia telah mengekalkan sasarannya untuk meningkatkan segmen hasil bukan dagangan sebanyak lima peratus hingga tujuh peratus bagi TK2024.

Selain itu, Bursa Malaysia berhasrat untuk kekal kukuh tahun ini dengan menyasarkan 42 tawaran awam permulaan (IPO) dan jumlah permodalan pasaran IPO bernilai RM13.0 bilion pada 2024.

“Kami telah menyelesaikan 28 IPO pada separuh pertama 2024,” katanya.

Sehingga akhir Jun 2024, Bursa Malaysia telah merekodkan 21 IPO, iaitu empat di Pasaran Utama, 16 di Pasaran ACE, dan satu di Pasaran LEAP dengan jumlah permodalan pasaran IPO bernilai RM7.31 bilion, menjadikannya yang kedua tertinggi dalam kalangan bursa-bursa di Asean.

Pencapaian ini menunjukkan daya tarikan Bursa Malaysia yang tinggi kepada perniagaan yang mencari modal untuk pengembangan dan mencerminkan minat pelabur yang semakin meningkat terhadap peluang baharu melalui bursa tersebut, kata Abdul Wahid.

 
Bursa ni meniaga apa , sbg broker kutip komisyen atas transaksi ke?
Bsnyak juga untung .
Ke duit margin call dapat ke bursa
 
bursa nie lebih kepada pasaran modal

nak meniaga kene ade modal

jual saham dpat lah modal
meniage

bila bursa meningkat naik.. bnyk duit dalam negara.. bnyk lah company masuk melabur..

sejarah malaysia saham paling terbaik zaman jibby je.. beli ape pun saham semua naik
 
Back
Top
Log in Register