BTC USD 83,543.3 Gold USD 4,255.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bursa Malaysia news

Sentimen positif naikkan ringgit hari pertama dagangan 2023​


03 JAN 2023
A⁻A⁺

2043573.jpg


Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan 2023, berikutan pembukaan semula China. - Gambar hiasan


RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan 2023, berikutan pembukaan semula China dan jangkaan kenaikan kadar faedah yang kurang agresif di Amerika Syarikat (AS) meningkatkan sokongan belian, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.3965/4050 berbanding dolar AS daripada 4.3995/4095 pada Jumaat lepas.

Ringgit ditutup pada 2 Jan 2023 untuk menggantikan cuti Tahun Baharu yang jatuh pada Ahad.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, unit tempatan meningkat pagi ini berikutan aliran belian disebabkan pembukaan semula China yang terus membantu pertukaran asing (FX) Asia.

Walaupun ekonomi China boleh terus lemah dalam jangka pendek, pasaran dijangka melihat kemerosotan ini dengan menjangka lebih banyak dasar rangsangan.
“Ringgit dijangka menyaksikan minggu yang baik berikutan prospek lebih banyak sokongan untuk ekonomi China,” katanya kepada Bernama, sambil menambah ringgit dijangka diniagakan antara 4.38 dan 4.41 sepanjang minggu ini.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia, Bhd Firdaos Rosli berkata, berdasarkan Rizab Persekutuan (Fed) AS komited untuk meredakan pasaran buruh, senarai gaji bukan ladang (NFP) untuk Disember boleh menjadi pemangkin utama untuk hala tuju seterusnya.

“Jika bacaan kekal kukuh, ia akan mendorong bank pusat untuk mengambil tindakan memecahkan situasi pekerjaan yang terhad, memanjangkan pasaran menurun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, langkah mengeluarkan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang terkini akan menarik perhatian berikutan pelabur mencari petunjuk mengenai pergerakan tekanan harga, selain kebimbangan mengenai kemelesetan berikutan kenaikan kadar yang agresif di seluruh dunia.

“Walaupun kenyataan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa bahawa satu pertiga daripada ekonomi dunia akan menghadapi kemelesetan pada tahun ini, Fed dijangka akan mengubah cara seawal suku kedua 2023.

“Oleh itu, kami menjangka ringgit akan diniagakan antara RM4.39 dan RM4.41 pada minggu ini,” katanya. – Bernama

 
Indeks hari ni dah cuba nk acah2 1500 mata, dgn kenaikan tertinggi td 1498 mata. Harap indeks dapat terus mendaki dan memecah paras rintangan yg dianggarkan.
 
Berita baik, ikutkan td penutupan indeks adalah pada 1493, jadi dah pecah rintangan pertama. Tp akan ada pengambilan untung lepas ni, harap rintangan 1492 yg dah jadi paras sokongan tu dpt kekal utuh.

****

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Research kekal dengan pandangannya bahawa FBM KLCI akan terus kukuh dalam tempoh terdekat.

Ia menjangkakan paras rintangan sekitar antara paras 1,492, 1,512 hingga 1,528 mata dan paras sokongan pada 1,470, dan boleh ke paras 1,436 hingga 1,454 mata jika jualan berterusan berlaku
 

Ringgit melonjak ke paras tertinggi sembilan bulan​

25 Januari 2023 07:17pm

2069241.jpg


Gambar hiasan.


RINGGIT meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini berikutan minat pembelian yang lebih baik di tengah-tengah sentimen menggalakkan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2575/2625 berbanding dolar AS daripada 4.2830/2875 yang disaksikan semasa Jumaat lepas.

Pasaran kembali diniagakan pada Rabu selepas ditutup pada 23 dan 24 Januari sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, ringgit meneruskan prestasi cemerlangnya, selepas disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) sedang menuju ke arah penurunan yang akan mengukuhkan mata wang Asia.

"Pembukaan semula China turut merangsang sentimen pasaran terhadap mata wang tempatan, dengan jangkaan peningkatan permintaan pelancong China yang akan memberi dorongan kepada perkhidmatan tempatan dan penerima manfaat pelancongan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2352/2392 daripada paras 3.2386/2425 yang dicatatkan pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2790/2831 daripada 3.3073/3111.

Ia juga naik berbanding pound British kepada 5.2418/2480 daripada 5.2861/2916 dan semakin mantap berbanding euro kepada 4.6322/6376 daripada 4.6393/6442. - Bernama


 

Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada sesi pagi​

14 Mac 2023 02:54pm

2126312.jpg


Gambar hiasan - Foto Bernama


BURSA Malaysia melanjutkan kerugiannya pada sesi dagangan pagi berikutan kegawatan dalam sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.

Pada waktu rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 20.83 mata, atau 1.47 peratus, kepada 1,401.00 daripada 1,421.83 pada penutupan Isnin.

Indeks utama itu dibuka 4.87 mata lebih rendah kepada 1,416.96 pada pagi ini.

Keadaan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 705 berbanding 171, manakala 284 kaunter tidak berubah, 1,087 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.75 bilion unit yang bernilai RM1.15 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur akan menumpukan pada data indeks harga pengguna yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Di Bursa Malaysia, firma pembrokeran itu berkata sektor pertahanan dengan asas yang kukuh mungkin melantun semula.

Selain itu, saham teknologi tempatan mungkin juga melantun semula ketika aktiviti memburu harga murah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank susut empat sen kepada RM8.40, Public Bank susut lapan sen kepada RM3.93, CIMB susut 11 sen kepada RM5.22, Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM6.95, dan TNB turun dua sen kepada RM9.30.

Antara saham aktif, Vinvest Capital susut setengah sen kepada 22 sen, BSL Corporation turun satu sen kepada lima sen, E.A. Technique (M) susut tujuh sen kepada 22 sen, dan Awanbiru Technology turun tiga sen kepada 44 sen, manakala MY E.G. Services naik satu sen kepada 78.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Syariah susut 135.87 mata kepada 10,514.08, Indeks FBM Emas susut 142.21 mata kepada 10,233.21, FBM ACE susut 87.78 mata kepada 5,211.28, Indeks FBMT 100 susut 137.56 mata kepada 9,924.35, dan FBMT 70 jatuh 139.05 mata kepada 13,105.33.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 226.99 mata kepada 15,493.40, Indeks Perladangan menguncup 106.11 mata kepada 6,686.22, Indeks Tenaga turun 17.60 mata kepada 835.23, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.74 mata kepada 169.83. - Bernama


 
kuat penangan Silicon Valley Bank ya...satu dunia merah

dah ada lagi bank collapse ...signature bank...market pun tengah panic
 
Last edited:
Assalamualaikum wrth....kepada khalayak pelaburan, trader atau investor yang mengenali sifu Khalid Embong atau Golfinger saya ingin berkongsi berita duka bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 3 Apr 2023. Berita dikongsi oleh anak beliau Aizuddin Khalid di FB beliau.
Sekian.
 
Minat belian baharu melibatkan saham wajaran tinggi terpilih, di tengah-tengah prestasi positif dalam kalangan bursa serantau lain mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini.

 
Ia berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada 25-26 Julai ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah di negara maju itu.

 
Pada jam 5 petang, penanda aras FBM KLCI meningkat 0.79 peratus atau 11.17 mata untuk ditutup pada paras tertinggi harian 1,424.69 daripada 1,413.52 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

 
Back
Top
Log in Register