BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bursa Malaysia news

Khairul Azri​

· 9m ·

7Nov - 11 Nov
Foreign Fund net buyer
+RM425.72 juta

14Nov -18 Nov
Foreign Fund net seller
-RM272 juta

21Nov -25 Nov
Foreign Fund net seller
-RM81 juta

29Nov -2 Dec
Foreign Fund net seller
-RM301.2 juta

5 Dec -9 Dec
Foreign Fund net seller
-RM731.8m

cc Fahmi Fadzil
1f6b6.png
1f3c3.png
1f938.png


1670847028149.png

1670847036244.png
 

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar As​

27 Disember 2022 06:54pm
Masa membaca: 2 minit

2036781.jpg


Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa apabila mata wang Amerika Syarikat itu menyusut susulan kekurangan permintaan selepas cuti panjang hujung minggu. - Gambar hiasan


RINGGIT ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa apabila mata wang Amerika Syarikat itu menyusut susulan kekurangan permintaan selepas cuti panjang hujung minggu.

Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4205/4255 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4225/4260 pada Jumaat minggu lepas.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pengukuhan ringgit itu juga disokong oleh sentimen positif apabila China mengurangkan sekatan perjalanan kemasukan ke negara itu namun prestasi itu rendah berbanding kenaikan terdahulu kerana para pelabur tempatan masih belum pasti prospek kedatangan pelancong China ke Malaysia.

Satu langkah yang positif bagi pembukaan semula China. Bagaimanapun, pembukaan semula itu membawa kesan yang baik dan juga buruk kepada inflasi. Berita baiknya adalah China kembali menjadi pembekal barangan kos rendah bagi pasaran dunia yang akan meningkatkan semula rantaian bekalan.

"Tetapi, berita buruknya adalah dengan pertumbuhan meningkat pantas pada suku pertama, permintaan besar terhadap bahan mentah dan tenaga oleh China akan melonjakkan harga komoditi tersebut, yang seterusnya akan membimbangkan Rizab Persekutuan AS dan Bank Pusat Eropah.

"Jadi dagangan ringgit agak tidak berubah hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3267/3327 daripada 5.3349/3391 pada Jumaat minggu lepas dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3182/3222 berbanding 3.3352/3381 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2847/2889 daripada 3.2754/2785 dan turun berbanding euro kepada 4.7092/7145 daripada 4.6927/6964 sebelumnya. - Bernama

 

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS​

29 Disember 2022 11:00am
Masa membaca: 2 minit

2038347.jpg


Gambar hiasan


RINGGIT diniagakan rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka pada Khamis berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap geopolitik ketika pembukaan semula sempadan China dan larangan baharu penjualan minyak oleh Rusia, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.13 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.4250/4295 berbanding dolar AS daripada 4.4230/4275 sewaktu ditutup pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, walaupun cakap-cakap mengenai geopolitik tidak banyak membantu meredakan kebimbangan mengenai kemelesetan global, tahap dan kekuatan untuk pembukaan semula China menjadi petunjuk kepada ringgit.

"Bagaimanapun, dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat, peserta pasaran kini mempercepatkan tempoh masa untuk pemulihan sambil berpandangan bahawa mobiliti isi rumah akan kekal rendah biarpun selepas pembukaan semula sepenuhnya, berikutan kesan psikologi virus yang berlanjutan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa memberikan maklum balas terhadap had harga minyak yang dikenakan oleh Barat dengan menandatangani dekri yang melarang bekalan minyak mentah dan produk minyak selama lima bulan mulai 1 Februari 2023 kepada negara-negara yang mematuhi had harga itu.

Sehubungan itu, Innes berkata, harga minyak merosot dan dijangka menjadi simbolik kepada ketidaktentuan pasaran.

"Bekalan dari Rusia yang berkurangan dan permintaan yang meningkat susulan pembukaan semula China sewajarnya baik untuk harga minyak pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2800/2840 daripada 3.2802/2840 sewaktu ditutup pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 4.7033/7081 daripada 4.7043/7091 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.3281/3336 daripada 5.3257/3312 semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3069/3108 daripada 3.3012/3048. - Bernama

 

Ringgit ditutup tinggi, disokong minat risiko lebih baik​

29 Disember 2022 07:35pm
Masa membaca: 2 minit

2039068.jpg


Foto hiasan 123RF


RINGGIT mendapat momentum semula apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah peningkatan minat risiko seperti yang dapat dilihat di pasaran ekuiti tempatan, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan itu meningkat kepada 4.4180/4215 berbanding dolar AS daripada 4.4230/4275 sewaktu ditutup pada Rabu.

Peniaga itu berkata, dolar AS juga mengurangkan kenaikan awal pada Khamis, didorong oleh peningkatan dalam penanda aras hasil Perbendaharaan AS, yang mencecah paras tertinggi lebih dari satu bulan kerana optimistik terhadap langkah China untuk menghapuskan peraturan kuarantin semakin memudar apabila kes Covid-19 makin merebak di seluruh China.

"Berita bahawa Amerika Syarikat menyertai senarai negara yang memerlukan ujian Covid-19 oleh pelancong masuk dari China menjejaskan dolar AS,” katanya.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu bahawa kepantasan dan kekuatan pembukaan semula China akan terus menjadi kunci kepada ringgit.

"Ringgit diniagakan dengan baik walaupun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan kes Covid-19 di China.

"Pada pandangan saya ialah China tidak mungkin untuk kembali kepada perintah berkurung, justeru ia tidak mungkin akan menjejaskan pertumbuhannya," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3255/3297 daripada 5.3257/3312 sewaktu ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2770/2800 daripada 3.2802/2840 sebelum ini.

Ringgit menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.3061/3090 daripada 3.3012/3048 sewaktu ditutup pada Rabu dan jatuh berbanding euro kepada 4.7078/7116 daripada 4.7043/7091. - Bernama

 
Back
Top
Log in Register