TT dah konpius ni sebenarnya....gravity atau bukan gravity tu adalah ciptaan Allah, seperti juga angin, sedangkan angin itu tiada bentuk dan berjisim tapi kita merasai kehadiran angin. Benar bahawa Allah itu berkuasa atas segalanya, tapi ada tujuan Allah menciptakan semua yang kita nampak, rasa atau fikir.
Jika Allah menciptakan kenyang, lalu dengan apakah kita harus kenyang kalau tanpa makan?
Adakah kita boleh duduk diam dan mengharapkan kenyang tiba pada kita tanpa berusaha kearah makan dan kenyang?
Allah juga menciptakan bumi dan bulan yang berjalan diatas paksi yang tersendiri agar tidak berlanggar sesamanya lalu dengan apakah Allah 'mengikat' laluan dan perjalanan bumi dan juga bulan?
Sama jugalah halnya dengan manusia dibumi ni, jika tiada suatu 'kuasa' yang mengikat manusia agar tetap berada di bumi, bagaimanakah manusia tersebut nak berjalan kesana-kemari dan bekerja atau beribadah?
Tidakkah gravity itu juga merupakan satu dari tanda2 kekuasaan dan rahmat Ilahi pada manusia????
ini merupakan the best answer!
