BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bumi biru Nik Abduh cetus spekulasi, Nik Amar jawab ‘tak pandai tafsir’

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
1667284247813.png



Bumi biru Nik Abduh cetus spekulasi, Nik Amar jawab ‘tak pandai tafsir’

Diterbitkan: Nov 1, 2022 2:13 PM

Dikemaskini: 2:25 PM


https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/641925
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/641925
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/641925
Tindakan anggota parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz memuat naik gambar bumi berwarna biru mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi di alam maya.
Tambahan lagi ia dibuat ketika muncul cakap-cakap namanya tidak tersenarai sebagai calon PAS dalam pilihan raya umum kali ini.

“Madu habis sepah dibuang. Sampai hati depa buat camtu. Macam Depa nak padam legasi ATGNA (allahyarham Nik Aziz Nik Mat),” tulis seorang pengguna Facebook.
Biru merupakan warna yang sinonim dengan BN berbanding PAS yang sering menggunakan warna hijau.



91460c6238a4a0af3916d60f7282bcac.jpg


Nik Abduh Nik Mat

ADS

Bagaimanapun di sebalik teka-teki itu, tujuh jam selepas itu dia memuat naik pula nukilan puitis, dilihat bagi “menjelaskan” perkara itu.
Bagaimanapun, susulan bait kata yang berbunga-bunga, niat sebenar dari bait kata-katanya sukar ditafsir.
Berikut tulisan Nik Abduh:
Bumi berpusing
Mencetus siang dan malam
Kehidupan buat manusia
Bumi beredar
Mencetus panorama musim
Kehidupan buat manusia
Hijau nan meluruh
Kembali dengan lebat buahan
Rezeki buat manusia
Biru nan melaut
Kembali dengan sarat muatan
Rezeki buat manusia
Keajaiban alam ciptaan hilang
Dek kebiasaan dan kealpaan
Kerana hati sudah hilang
Pandangan matanya
Lalu hilanglah ibrah dan iktibar.
Wahai insan
Berpusinglah dalam takdir tuhan
Agar mata hati kembali
Melihat keajaiban ciptaan
Mencetus zikir 'subhaanaka rabbi.


Sementara itu, perkara sama ditimbulkan kepada naib presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah, di Kota Bharu hari ini.
Bagaimanapun, katanya, “saya pun tidak tahu dan tidak pandai hendak tafsir-tafsir”.


a0e042fc4c8c0917fe7a8c332e12f6c2.jpg


Mohd Amar Nik Abdullah


Dia juga enggan mengesah atau menafikan berkaitan spekulasi Nik Abduh tidak tercalon kali ini.

Mohd Amar sebaliknya hanya berkata senarai calon sudah dimuktamad dan akan diisytiharkan pada malam esok.

"Jangan tidur dan tunggu pengumuman yang dibuat," selorohnya, seperti dilaporkan Berita Harian.
Nik Abduh dilihat antara pemimpin PAS yang cenderung ke arah kerjasama dengan Umno berbanding Bersatu dalam pilihan raya umum kali ini.
 
#kotabharu #PRU15 Kedua-dua mereka dikatakan tidak dicalonkan pada PRU15, namun masih bertanding di kerusi berkenaan dipercayai menggunakan tiket BN.
https://www.hmetro.com.my/.../pru-15-nik-abduh-che...

PRU-15: Nik Abduh, Che Abdullah tanding tiket BN?​



(KIRI) DATUK Che Abdullah Mat Nawi, (KANAN) Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
(KIRI) DATUK Che Abdullah Mat Nawi, (KANAN) Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Kota Bharu: Landskap politik di Kelantan semakin menarik menjelang hari penamaan calon apabila yang terkini dua penyandang Parlimen dari PAS yang dikatakan tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mungkin akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Desas desus mengatakan dua penyandang berkenaan adalah penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Kedua-dua mereka dikatakan tidak dicalonkan pada PRU15, namun masih bertanding di kerusi berkenaan dipercayai menggunakan tiket BN.

Bagi Parlimen Tumpat, PAS dikatakan meletakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai calon.

Manakala, di Parlimen Bachok pula, PAS dijangka meletakkan Dr Wan Martina Wan Yusuff sebagai calon di kerusi berkenaan.

Desas desus itu dikatakan hampir tepat apabila Nik Mohamad Abduh semalam memuat naik gambar bumi bewarna biru di Facebook sehingga mendapat reaksi balas warganet sebanyak 1,600.

Turut tersebar sejak pagi tadi poster ucapan tahniah kepada Che Abdullah kerana terpilih sebagai calon BN di Parlimen Tumpat.

Bagaimanapun, usaha penulis untuk mendapat reaksi kedua-dua penyandang Parlimen berkenaan setakat ini gagal apabila masing-masing tidak menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, PAS enggan membuat sebarang spekulasi berhubung gambar bumi berwarna biru dimuat naik di Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abduh semalam.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pihak terbabit.
Disiarkan pada: November 1, 2022 @ 2:22pm
 
1667284247813.png



Bumi biru Nik Abduh cetus spekulasi, Nik Amar jawab ‘tak pandai tafsir’

Diterbitkan: Nov 1, 2022 2:13 PM

Dikemaskini: 2:25 PM



https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/641925
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/641925
Tindakan anggota parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz memuat naik gambar bumi berwarna biru mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi di alam maya.
Tambahan lagi ia dibuat ketika muncul cakap-cakap namanya tidak tersenarai sebagai calon PAS dalam pilihan raya umum kali ini.

“Madu habis sepah dibuang. Sampai hati depa buat camtu. Macam Depa nak padam legasi ATGNA (allahyarham Nik Aziz Nik Mat),” tulis seorang pengguna Facebook.
Biru merupakan warna yang sinonim dengan BN berbanding PAS yang sering menggunakan warna hijau.



91460c6238a4a0af3916d60f7282bcac.jpg


Nik Abduh Nik Mat

ADS

Bagaimanapun di sebalik teka-teki itu, tujuh jam selepas itu dia memuat naik pula nukilan puitis, dilihat bagi “menjelaskan” perkara itu.
Bagaimanapun, susulan bait kata yang berbunga-bunga, niat sebenar dari bait kata-katanya sukar ditafsir.
Berikut tulisan Nik Abduh:
Bumi berpusing
Mencetus siang dan malam
Kehidupan buat manusia
Bumi beredar
Mencetus panorama musim
Kehidupan buat manusia
Hijau nan meluruh
Kembali dengan lebat buahan
Rezeki buat manusia
Biru nan melaut
Kembali dengan sarat muatan
Rezeki buat manusia
Keajaiban alam ciptaan hilang
Dek kebiasaan dan kealpaan
Kerana hati sudah hilang
Pandangan matanya
Lalu hilanglah ibrah dan iktibar.
Wahai insan
Berpusinglah dalam takdir tuhan
Agar mata hati kembali
Melihat keajaiban ciptaan
Mencetus zikir 'subhaanaka rabbi.


Sementara itu, perkara sama ditimbulkan kepada naib presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah, di Kota Bharu hari ini.
Bagaimanapun, katanya, “saya pun tidak tahu dan tidak pandai hendak tafsir-tafsir”.


a0e042fc4c8c0917fe7a8c332e12f6c2.jpg


Mohd Amar Nik Abdullah


Dia juga enggan mengesah atau menafikan berkaitan spekulasi Nik Abduh tidak tercalon kali ini.

Mohd Amar sebaliknya hanya berkata senarai calon sudah dimuktamad dan akan diisytiharkan pada malam esok.

"Jangan tidur dan tunggu pengumuman yang dibuat," selorohnya, seperti dilaporkan Berita Harian.
Nik Abduh dilihat antara pemimpin PAS yang cenderung ke arah kerjasama dengan Umno berbanding Bersatu dalam pilihan raya umum kali ini.

nick umar ni mmg habat bak cebok air sungai kalu takdok air.. 40 tahun? ada 8 tahun lagi nok cukup 40 tahun baru selesai masalah air. :D
 
Mungkin ini MN yang sebenar hehe.
MN - BN, BN - MN. PASt is PASt
 
betapa bijakny madey gunakan midin utk pecah belahkan MN, walhal dlm bunga raya ramai pengkhianat lompat msk dlm tu... gaji haram
 
hurmm kacau ni parlimen tumpat hahah
 
Itukn biru PN. Itu tanda dia sokong PN
 
Back
Top
Log in Register