BTC USD 81,371.6 Gold USD 4,024.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan Nak Memalukan Tapi Nak Mengajar

amiradayana

Fun Poster
Messages
376
Joined
May 21, 2011
Messages
376
Reaction score
14
Points
15
salam warga CG yang saya hormati sekalian... di sini saya mahu berkongsi pengalaman tentang pengalaman saya semasa membuat satu laporan polis... berlaku beberapa hari lepas pada jam 7pagi.

tujuan saya membuat laporan polis adalah kerana rumah saya dipecah masuk oleh pencuri. (bulan ramadan pun ada jugak pencuri).
saya pergi ke balai polis Nibong Tebal untuk membuat laporan kemudiannya kes saya dibawak ke IPD Jawi, Penang (nah amek kau aku tulis terang2 sebjik2 biar semua tawu)... untuk disiasat oleh seorang pegawai penyiasat. malangnya semasa ketibaan saya ke IPD berkenaan, pegawai itu telah ke rumah saya untuk mengambil gambar dan cap jari.

Kemudian, salah seorang anggota polis di sana bertanyakan kepada saya dengan siapa saya hendak berjumpa. Saya memberitahu mahu berjumpa dengan pegawai bernama MR. S. tiba-tiba anggota polis ini (IO) mengajak saya masuk ke bilik officenya dan berkata, saya perlu cerita apa yang terjadi. saya beritahu kata rumah saya kene pecah masuk.

Kemudian IO ini terus bertanya tentang status saya:
1. adakah saya sudah berkawen
2. pernahkah saya ada hubungan intim dengan lelaki
3. adakah saya pernah mengandung
4. apakah pekerjaan saya
5. berapa gaji saya sebulan dan bolehkah saya belanja dia
6. bolehkan awak keluar dengan saya
7. bolehkah saya pergi ke rumah awak
8. bolehkan saya ambil no telefon awak

saya menafikan soalan2 yang dia tanya dan tanya apa relevannya soalan itu tapi pegawai itu cuma gelakkan saya.
kemudian, datang lah Mr. S yang sepatutnya menyiasat kes saya. Mr. S bertanya beberapa soalan dan mengizinkan saya pulang.

Beberapa jam selepas saya pulang, saya terima SMS dari IO yang bertanya soalan2 di atas. perkara yang ditekankannya ialah gaji saya dan hubungan saya dengan lelaki... dia juga berkata saya patut sponsor dia kerana dia gaji kecil... WTF???WTF?????

sampai sekarang saya masih simpan SMS2 yang dia hantar untuk ajak saya keluar dan meminta saya belanja dia...
apakah fungsi kamu sebagai anggota polis bukankah sepatutnya membela orang awam, tambahan pula saya telah dianiaya!!
WTF!! so..................... tak timbulkan isu gaji dan harus sponsor... saya tahu dekat nak raya, tak kan nak ambil kesempatan saya pun tersepit:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam

geram rasanya ... macam nak publish je mesej2 tu dan bagitahu nama IO itu..

*terima kasih cGrian yang tolong beri jalan untuk saya laporkan perkara ini pada pihak atasan.
menjaga maruah amat penting bagi seorang perempuan, walau apa jua sekalipun...
*bukan semua pihak berkuasa bersikap sedemikian, cuma beberapa orang saja, jadi kalau ada antara kamu yang teraniaya, follow lah step yang kawan2 Cg beritau dalam thread ni. TQ
 
Last edited:
kasi buat lagi satu report la..report kat SPRM..IO tu dh salah guna kuasa sbb tanya soalan yg berkepentingan utk diri dia..
 
sila buat laporan terhadap anggota polis tersebut...aku pn hangin cmnie...sempat lagi nk mengayat...
 
biar betul..!!repot kat bos dia je...
 
Back
Top
Log in Register