BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bukan julai daaaa

misszya88

Active Member
Messages
1,214
Joined
Aug 10, 2011
Messages
1,214
Reaction score
6
Points
25
.27 Feb – Terkejut dengan berita yang disiarkan semalam yang mengatakan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal berkahwin pada Julai depan, pelakon Zain Saidin tampil menafikan yang mereka akan berkahwin pada Julai nanti.

"Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. Insya Allah, seperti yang dirancang, kami akan bernikah pada hujung tahun ini," katanya kepada Media Hiburan.

Zain, 29, berkata, dia sendiri terkejut apabila kekasihnya, Rozita Che Wan, 42, menyatakan tarikh perkahwinan mereka pada bulan Julai.

Sementara itu, Zain memberitahu bahawa mereka akan mula membuat persiapan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Buat masa sekarang, belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing-masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja," jelasnya yang turut memberitahu dia masih lagi menjalani kursus perkahwinan.
.
 

Attachments

  • 25.2 KB Views: 60
Last edited:
da 42taun rupanya... ptt r tang leher nmpk kedut2 kekeke
 
hahahha....dh jodoh kena cepat2kn la.....
 
sape la yang memandai cakap julai tuh
nak tunggu hujung tahun lagi lama cikta
makin berkedut la permukaan
 
Semoga berkekalan hingga akhir hayat :)
 
Back
Top
Log in Register