BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan Islam Boleh Masuk Masjid - Dr. Asri

Ahmad07

Legendary Member
gem
Messages
10,366
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161
1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.


sumber: http://malaysiakini.com/news/141405
 
boleh masuk, tapi menutup aurat la..
hormati sikit...
 
ape salahnya buat kt luar masjid je..dh tentu jemaah tu berdosa tgk aurat amoi tu..
 
ape salahnya buat kt luar masjid je..dh tentu jemaah tu berdosa tgk aurat amoi tu..

:)) nasib baik amoi tu pakai kain, kalau dia pakai skirt...#:-S
lagi jiwa kacau
 
boleh masuk, tapi menutup aurat la..
hormati sikit...

itu la masalahnya, pengurusan masjid tu yg silap... orang bukan Islam bleh masuk, tapi mesti la menutup aurat...
 

itu la masalahnya, pengurusan masjid tu yg silap... orang bukan Islam bleh masuk, tapi mesti la menutup aurat...

tapi... kan setiap surau atau masjid ade kain sembahyang,,, kenape tak suruh amoi tu pakai,,,:D

mesti comel amoi tu pakai tudung:-?
 
boleh masuk, kalau tak suash la, orang Melayu bebas ke gereja, kita nak dakwah orang bukan Islam, nak bawak dia tgk masjid pun susah
 
ok lagi dari orang kite,melayu,Islam yang tak pakai tudung.Tapi bile nak masuk masjid or surau baru la nak pakai tudung.Nak ziarah kubur baru la nak pakai tudung.Tu pun tak sempurna maen lilit je tudung tu.Jambul nampak.hipokrit.Ini sume saje je mainan politik nak buat isu senang cite.
 
Back
Top
Log in Register