BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan hanya ringgit alami kemerosotan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR – Penyusutan nilai ringgit berban*ding dolar Amerika Syarikat (AS) sepanjang lima tahun lalu telah mencecah lebih 30 peratus, kata para penganalisis.

Menurut Dekan Fakulti Perniagaan, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr. Yeah Kim Leng, pada tahun ini sahaja mata wang Malaysia itu telah menurun sebanyak 20 peratus yang menyaksikan nilai ringgit semalam ditutup pada paras RM4.0398 berbanding dolar iaitu yang terburuk dalam tempoh 17 tahun sejak krisis kewa*ngan Asia 1998.

Jelas beliau, krisis harga minyak mentah global yang bermula pada tahun 2013 telah memburukkan lagi keadaan.

“Antara faktor penyusutan ringgit ialah penurunan harga minyak mentah glo*bal, peningkatan defisit fiskal, serta faktor domestik melibatkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang mendorong kepada kenaikan inflasi.

“Dengan pengukuhan kembali salah satu kuasa ekonomi terbesar dunia iaitu AS bermula tahun lepas, ia menambah lagi tekanan kepada ringgit dan mata wang lain disebabkan dolar AS terus mengukuh.

“Ini sekali gus mewujudkan keadaan turun naik dalam pasaran global termasuk Malaysia yang di*sebabkan oleh sentimen ketidakpastian tempoh kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS yang dikenali sebagai Taper Tantrum,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubu*ngi di sini semalam.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
lepas pakar ekonomi, now pakai dekan pula....next sape pulak?
 
RM seorg lagi tunggu masa naik jatuh..........
 
Antara faktor penyusutan ringgit ialah penurunan harga minyak mentah glo*bal
xde kaitan pun dengan rakyat,lagi bagus harga turun.
 
statement pakai mana yg kena ngan menteri... yg benar tapi tak kena ngan menteri.. semua disenyapkan!!
 
dibawah pimpinan najib, makin ramai cendiamangkaq dilahirkan..
 
Nilai matawang RM jatuh berbanding USD disebabkan persepsi ekonomi Malaysia di mata dunia menyusut. Faham!
 
Nilai matawang RM jatuh berbanding USD disebabkan persepsi ekonomi Malaysia di mata dunia menyusut. Faham!

tak semestinya.

banyak faktor.
apa yg dia cakap tu salah satu faktor. faktor lain macam china yg merendahkan matawang negara sendiri sbb eksport rendah. us yg kukuhkan matawang us dollar.

sbb kita baca politik je.
 
Back
Top
Log in Register