TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
VIENNA - AUSTRIA. Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun hampir mengalami buta kekal selepas bermain dengan mainan 'laser pointer'.
Menurut doktor, penglihatan kanak-kanak tersebut telah berkurangan sebanyak 60 peratus, lapor The Straits Times.
"Mungkin mangsa bermain laser tesebut bersama cermin, dan cermin memantulkan laser berkenaan ke matanya," kata ketua doktor, Yosuf El-Shabrawi.
Menurut Yosuf, kecederaan yang dialami kanak-kanak itu tidak dapat dipulihkan.
"Kami cuma mampu berharap matanya sembuh sendiri dan keadaannya bertambah baik," tambahnya.
Ayah kepada kanak-kanak tersebut membeli 'laser pointer' berkenaan selepas ianya diiklankan di internet sebagai alat permainan untuk dimainkan bersama kucing.
http://www.sinarharian.com.my/global/hampir-buta-kerana-laser-mainan-1.338905
